RootOfSience

Kulub kemaluan lelaki memudahkan jangkitan HIV?

Wahai kaum lelaki semua. Ini adalah perkara yang janggal. Tetapi jika anda ingin mengelakkan jangkitan HIV, anda wajib selalu membasuh.. Umm. Segan lah nak cakap

Betul. Dalam kajian terbaru yang dijalankan oleh pengkaji di George Washington University mendapati bakteria yang hidup di bawah kulub kemaluan lelaki meninggikan lagi risiko seseorang itu untuk dijangkiti virus HIV. Kajian yang telah diterbitkan dalam journal mBio itu telah menemukan bahawa bakteria anaerob yang tinggal dibawah kulub seseorang lelaki yang tidak berkhatan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti virus tersebut.

***Bakteria anaerob merupakan bakteria yang tidak memerlukan gas oksigen untuk hidup. Malah mereka mungkin mati jika adanya oksigen.

Pengkaji telah menemukan bahawa peningkatan 10 kali ganda pada beberapa jenis bakteria anaerob yang hidup dibawah kulub mampu meningkatkan risiko untuk dijangkiti virus HIV sebanyak 63%.

Ini adalah kajian yang pertama menunjukkan bakteria bawah kulub menjadi salah satu faktor risiko yang menyebabkan jangkitan HIV.

” Kajian ini adalah yang pertama yang menunjukkan koloni bakteria dibawah kulub menjadi salah satu faktor jangkitan HIV dalam lelaki,” Kata Cindy Liu yang merupakan ketua kajian tersebut, di dalam satu sidang media.

Dalam kajian selama dua tahun itu, sampel daripada bawah kulub diambil daripada lelaki yang tidak berkhatan di Rakai, Uganda. 46 daripada mereka dijangkiti virus HIV dan 136 yang lain tidak dijangkiti. Pengkaji telah menemukan 4 jenis bakteria anaerob iaitu Prevotella, Dialister, Finegoldia dan Peptonihilus yang menyebabkan 10 kali ganda risiko untuk menyebabkan jangkitan HIV.

Kenapa bakteria ini memudahkan jangkitan HIV?

Jangkitan bakteria anaerob menyebabkan penghasilan faktor imun di kawasan kemaluan lelaki. Peningkatan bilangan bakteria anaerob dikawasan tersebut menyebabkan ia menghasilkan lagi banyak faktor imun yang dipanggil sebagai ‘cytokine’. Dan cytokine ini akan memanggil lebih banyak sel darah putih.

Di dalam jangkitan HIV, virus tersebut pada mulanya akan menjangkiti sel darah putih terdahulu. Dalam sel darah putih ia akan menguasai dan menghasilkan lebih banyak virus. Virus yang banyak akan menyebabkan sel darah putih mati dan dilepaskan di dalam saluran darah. Selepas itu, ia akan menjangkiti sel darah putih yang lain. Kitaran ini akan berterusan sehingga mana sel darah putih berkurangan dan menyebabkan sistem imun badan terganggu.

“Sel darah putih merupakan pintu yang terbuka bagi jangkitan HIV,” Kata Lance Price, yang merupakan salah seorang pengkaji dalam kajian tersebut. “Kajian kami mendapati beberapa jenis bakteria menghasilkan faktor imun yang menarik sel darah putih ke bahagian kemaluan yang menyebabkan mereka lebih senang dijangkiti virus HIV”

Walaupun cara jangkitan tersebut belum benar-benar dikenalpasti prosesnya, tetapi pengkaji berharap mungkin dengan mengurangkan bakteria tersebut secara spesifik, ia mungkin mengurangkan risiko untuk dijangkiti HIV.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science

Rujukan:
1. http://ift.tt/2v94M5T
2. Liu CM, Prodger JL, Tobian AAR, Abraham AG, Kigozi G, Hungate BA, Aziz M, Nalugoda F, Sariya S, Serwadda D, Kaul R, Gray RH, Price LB. 2017. Penile anaerobic dysbiosis as a risk factor for HIV infection. mBio 8:e00996-17. http://ift.tt/2uOoXDy
3. http://ift.tt/2v9wob0


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.