Seeorang remaja perempuan asal malaysia telah Mengejutkan dunia sukan Muaythai setelah Amisha berjaya muncul sebagai juara Muaythai Remaja Dunia dengan mengalahkan petinju tuan rumah Bangkok,thalailand Phin Pong Ratchada menerusi keputusan knock-out (KO) pada pusingan kedua kategori 54 hingga 57 kilogram.
Kemenangan pelajar sekolah ini tirut di raikan bersama rakan rakan sekolahnya dan gurunya setelah beliau berjuang dengan susah payah mengharumkan nama malaysia di negara orang.
Nur Amisha, berkata kemenangan itu adalah hadiah paling bermakna buat dirinya dan mahu dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan.
“Terima kasih kepada Persatuan Muaythai Malaysia dan Persatuan Muaythai Amatur Perak terutama kepada ketua jurulatih Perak, Bernard Radin yang telah melatih saya sejak berusia tujuh tahun.
“Saya memang meletakkan harapan untuk memenangi kejohanan ini tambahan pula esok adalah sambutan Hari Kebangsaan, terima kasih kepada semua yang telah membantu saya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat itu ketika dihubungi pemberita
Biodata NUR AMISHA
Nama penuh:Nur Amisha Azril Rizal
Umur:14 Tahun
Sekolah:Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
Asal :ipoh perak
Belajar muaythai :ketika berusia 7 tahun.
Juru latih: Bernard Radin
Gambar Nur Amisha Azril Rizal
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :