RootOfSience

Sexting: Adakah Anak Anda Pelakon Porno Jadian?

Di Kuala Terengganu, seorang remaja perempuan telah menghantar gambar separa bogelnya kepada seorang lelaki, Remaja itu baru berusia 13 tahun. Akibatnya, lelaki itu terus meminta gambar bogel penuhnya dengan mengugut mangsa. Gambar demikian akhirnya ditularkan kepada pelajar-pelajar di sekolah remaja perempuan berkenaan. Kes dilaprkan Sinar Harian pada tarikh 15 Ogos 2014.

Seorang remaja lelaki pula telah mengugut untuk menyebarkan gambar lucah dan aksi kelakuan lucah seorang budak perempuan berumur 13 tahun di media sosial. Remaja lelaki tersebut juga berumur 13 tahun. Selepas memaksa mangsa mnghantar gambar lucah melalui aplikasi Whatsapp dan Wechat untuk pertama kali, remaja lelaki itu menyuruh pula mangsa menghantar video seterusnya, dan jika tidak dilakukan dia mengugut untuk memuatnaik video yang telah didapatinya pertama kali ke media sosial. Kes dilaporkan Bernama, dan berlaku di Kuala Lumpur.

“Sexting”, adalah fenomena yang sangat kerap berlaku pada masa kini. Sexting ditakrifkan sebagai penghantaran gambar lucah (atau separa lucah) melakukan alat peranti elektronik. Ia juga didefinisikan sebagai penghantaran mesej-mesej lucah (secara tekstual) yang eksplisit.

Jika anda seorang ibu atau bapa, perkara ini sepatutnya sangat-sangat membimbangkan anda.

Ini kerana, dalam satu dapatan, di kalangan remaja berumur 12 hingga 13 tahun, 93 peratus mempunyai akses ke internet. Dengan 71 peratus menggunakan telefon bimbit, dan 23 peratus menggunakan telefon pintar.

Lebih merisaukan, sexting adalah sangat biasa di kalangan remaja sekolah menengah. Dalam satu kajian, terdapat 18 hingga 28 peratus pelajar yang telah menghantar gambar lucah atau bermesej secara lucah. Ini bermakna, dalam setiap 10 remaja, terdapat 1 hingga 2 orang yang biasa melakukan “sexting”.

Dan ianya tidak berhenti di situ. Disebabkan remaja menjadi lebih berminat dengan hubungan romantis dan seksual ketika umur balighnya, sexting adalah lebih sering terjadi pada awal-awal persekolahan menengah. Di kalangan ini, mereka yang terlibat dengan sexting adalah lebih tinggi kebarangkaliannya terlibat dengan aktiviti seksual, mendedahkan mereka kepada kebahayaan penyakit HIV dan penyakit bawaan seks (sexually transmitted disease).

Contoh aktiviti seksual yang mereka libatkan diri padanya ialah menyentuh kemaluan orang lain, mempunyai “friends with benifit” , seks oral, ataupun seks vaginal. Remaja yang sexting adalah secara menakutkannya terlibat secara 4 hingga 7 kali lebih tinggi kebarangkaliannya ke kancah aktiviti seksual seperti yang tersebut ini.

Lebih banyak remaja perempuan yang menghantar gambar bogel atau separa bogel mereka kepada lelaki berbanding remaja lelaki yang menghantarkannya, kemungkinan disebabkan lelaki lebih kerap memintanya. Kesimpulan kasar yang boleh dilihat di sini ialah, remaja lelaki sudah boleh bersikap memanipulasi teman-teman seusia mereka pada umur yang begitu muda sekali.

Tulisan ini adalah untuk membuka mata para ibu dan bapa, bahawa anak awal remaja anda perlu untuk dipelihara secara rapat. Mereka mungkin memerlukan perhatian yang lebih daripada anda. Dalam keadaan teknologi yang sangat pesat membangun, tindakan membiarkan akses kepada internet tanpa kawalan adalah tindakan yang begitu naif sekali.

Remaja-remaja ini adalah masa depan kita. Sesuatu harus dilakukan supaya kita tidak menjebakkan mereka secara tidak sengajanya ke kanca sexting ini.

Kerana jika dibiarkan, minta dijauhkan, boleh jadi anak anda merupakan seorang pelakon porno jadian satu hari nanti.

Sanggupkah anda?

Rujukan:

[1] (http://ift.tt/1sHK1GU)

[2] (http://ift.tt/2eOfN3n)

[3] Sexting and Sexual Behavior in At-Risk Adolescent, Christopher D. Houck, David Barker, Christie Rizzo, Evan Hancock, Alicia Norton and Larry K. Brown. Pediatrics 2014;133;e276; originally published online January 6, 2014;

The post Sexting: Adakah Anak Anda Pelakon Porno Jadian? appeared first on Root of Science.


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.