RootOfSience

Porno Membunuh Cinta

Permulaan hubungan cinta antara lelaki dan wanita adalah begitu indah. Tetapi adakah anda tahu bahawa porno membunuh cinta dan perasaan tersebut?

Kajian menunjukkan kebanyakkan lelaki yang terdedah dengan pornografi mengatakan bahawa mereka kurang mencintai isterinya berbanding lelaki yang tidak melihat pornografi.

Cinta dan kewujudan individu

Pernah tak terfikir kenapa perasaan kita dengan pasangan mempunyai pasang dan surut, mempunyai suka dan duka. Kadang-kadang kita bergaduh berkenaan perkara yang kecil. Yang jikalau orang lain membuat perkara tersebut, kita tidak akan terasa hati. Tetapi jika pasangan kita buat, ia boleh menimbulkan rasa geram dan tidak puas hati.

Inilah namanya ekspersi cinta seseorang kepada pasangannya. Bergaduh bukan beerti benci. Bertengkar bukan bererti bermusuh. Tetapi ia adalah ekspresi cinta kepada pasangannya. Saling meminta untuk dicintai. Saling mempertahankan diri bahawa dia mencintai pasangannya.

Jikalau anda bergaduh dengan pasangan, maka fikirkan semula adakah anda bergaduh kerana cinta ataupun kerana perkara lain. Jika kerana cinta, maka maafkanlah dan mintalah maaf daripadanya.




Bagaimana porno menghapuskan cinta?

Pornografi juga memberi rasa cinta tersebut terutamanya apabila melibatkan hubungan seksual antara pasangan. Tetapi ini lebih kepada cinta versi 2.0

Sudah menjadi norma hidup, adakala pasangan menolak untuk melakukan hubungan kerana letih dan tidak sihat. Dan sudah tentu, mereka juga akan menolak untuk melakukan hubungan secara ekstrim ataupun di luar tabii.

Tetapi tidak di dalam filem pornografi. Semua yang ditayangkan seolah-olah indah dan seronok jika diperlakukan sedemikian rupa. Dengan posisi yang ekstrim dan tidak terfikir bagaimana seseorang akan seronok apabila dilakukan sedemikian rupa, artis pornografi dapat melakukannya dan tampak dimuka mereka kepuasan.

Inilah yang digambarkan oleh filem pornografi kepada si pencandu porno. Video disunting untuk mengambarkan si pelakon seronok melakukan aksi tersebut. Sedangkan azab yang dialami oleh mereka dibuang daripada minit-minit filem itu. Maka, si pencandu berfikir, sudah tentu semua yang diperbuatkan di dalam filem tersebut boleh diterjemahkan kepada pasangannya.

Tetapi tidak, pasangan akan menolak dan disinilah cinta musnah. Dahulunya cinta, sekarang hanyalah objek pemuas nafsu yang akan menderita.

Apa yang diidamkan seperti di dalam filem porno tidak kesampaian. Pencandu porno sudah tentu akan mencari cara lain sama ada melihat filem porno sambil melakuan onani(Porn, masturbation and orgasm) mahupun mencari orang luar untuk memenuhi rasa di hati.

Inilah satu kegilaan dalam fikiran si pencandu porno. Mengkehendaki pasangan sama seperti filem yang telah disunting.




Industri pornografi penuh dengan suntingan

Industri porno adalah industri yang berjumlah multibillion. Bos-bos di atas menjadi kaya raya disebabkan industri penghambaan seks yang dilakukan. Sudah tentu mereka perlu menyunting video mereka agar ia nampak sempurna dan tiada cela.

Ini kerana mereka perlu membuatkan pelanggan sentiasa datang balik ke laman web mereka. Maka, suntingan video yang cermat perlu dilakukan sehingga apa yang ditampakkan indah sahaja. Walaubagaimana mereka diperlakukan, se ekstrim mana pun aksi tersebut, tampak seolah-olah pelakon seronok sedangkan akal sihat kita tahu bahawa mereka sedang menderita.

Dan bila seseorang itu selalu melihat video porno, pemikiran mereka yang melibatkan hubungan antara pasangan akan dijajah dengan versi porno. Dalam hubungan seks diantara pasangan, anda perlu suka walaupun anda menderita.

Kajian berkenaan hubungan pasangan yang melihat porno

Disebabkan filem porno selalunya mempotraitkan perempuan hanyalah sebagai objek seks untuk memuaskan nafsu, ianya tidak mengejutkan jika mereka melihat pasangan mereka yang sebenar sama seperti itu.

Dalam satu kajian, segolongan kaum lelaki dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu yang pertama kumpulan yang melihat porno dalam kadar yang banyak, kumpulan kedua melihat porno dalam kadar sederhana dan kumpulan ketiga adalah mereka yang tidak melihat porno. Kumpulan-kumpulan ini ditanya berkenaan pandangan mereka terhadap kaum wanita. Keputusannya mereka yang selalu melihat porno akan lebih cenderung mengatakan bahawa kaum wanita adalah kaum bawahan yang seolah-olah boleh ditindas.

Bagaimana untuk bercinta sedangkan ia dimulakan dengan perasaan kedudukan pasangannya lebih rendah daripada dia?

Seterusnya, kajian juga menunjukkan kebanyakkan lelaki yang terdedah dengan pornografi mengatakan bahawa mereka kurang mencintai isterinya berbanding lelaki yang tidak melihat pornografi. Bukan setakat itu, kajian yang lain pula menunjukkan mereka yang terdedah kepada pornografi akan lebih kritikal terhadap pasangannya berkenaan keupayaan seks dan penampilan pasangan.

Mungkin itu adalah salah satu sebab kenapa produk tenaga batin sangat laku keras dipasaran. Sehingga mana ada ayat di laman web penjual ini yang sangat tidak masuk akal seperti “Tersenyum gembira, Subuh baru tanggal”.

Malang sekali, ramai daripada pasangan kepada pencandu porno berasa tertekan dan bimbang dengan perangai pasangan mereka. Ia disebabkan mereka tidak akan mampu memenuhi kehendak pasangan mereka yang sedang kecanduan porno. Manakan tidak, filem porno itu sendiri dipenuhi dengan suntingan dan satu penipuan yang sangat besar. Adakah perkara yang ada di dalam filem porno boleh diterjemahkan dalam kehidupan sebenar?

Sudah tentu tidak.
Oleh itu, sudah semestinya PORNO MEMBUNUH CINTA

Bacaan seterusnya: Hakikat Pornografi yang tidak diketahui




Rujukan:

  1. Hilton, D. L. (2013). Pornography addiction—a supranormal stimulus considered in the context of neuroplasticity. Socioaffective Neuroscience & Psychology, 3, 20767; Paul, Pamela. (2007). Pornified: How Pornography Is Transforming Our Lives, Our Relationships, and Our Families. New York: Henry Holt and Co., 145.
  2. Bridges, A. J., Wosnitzer, R., Scharrer, E. Chyng, S., & Liberman, R. (2010) Aggression and sexual behavior in best selling pornography videos: A content analysis update. Violence against Women, 16, 10. 1065-1085; Mosher, D. and MacIan, P. (1994). College men and women respond to x-rated videos intended for male or female audiences: gender and sexual scripts. Journal of Sex Research, 31, 2. 99-112.
  3. Layden, M. A. (2010). Pornography and Violence: A New look at the Research. In J. Stoner and D. Hughes (Eds.) The Social Costs of Pornography: A Collection of Papers (pp. 57–68). Princeton, NJ: Witherspoon Institute; Paul, Pamela. (2007). Pornified: How Pornography Is Transforming Our Lives, Our Relationships, and Our Families. New York: Henry Holt and Co., 80.
  4. Burns, R. J. (2002). Male Internet Pornography Consumers’ Perception of Women and Endorsement of Traditional Female Gender Roles. Austin, Tex.: Department of Communication Studies, University of Texas, p. 11.
  5. Layden, M. A. (2010). Pornography and Violence: A New look at the Research. In J. Stoner and D. Hughes (Eds.) The Social Costs of Pornography: A Collection of Papers (pp. 57–68). Princeton, NJ: Witherspoon Institute.
  6. Bridges, A. J. (2010). Pornography’s Effect on Interpersonal Relationships. In J. Stoner and D. Hughes (Eds.) The Social Costs of Pornography: A Collection of Papers (pp. 89-110). Princeton, NJ: Witherspoon Institute.
  7. Zillmann, D. and Bryant, J. (1988). Pornography’s Impact on Sexual Satisfaction. Journal of Applied Social Psychology 18, 5: 438–53.
  8. Steffens, B. A. and Rennie, R. L. (2006). The Traumatic Nature of Disclosure for Wives of Sexual Addicts. Sexual Addiction & Compulsivity 13, 2 and 3: 247–67; Wolf, N. (2004). The Porn Myth. New York Magazine, May 24; Wildmom-White, M. L. and Young, J. S. (2002). Family-of-Origin Characteristics Among Women Married to Sexually Addicted Men. Sexual Addiction & Compulsivity 9, 4: 263–73.

The post Porno Membunuh Cinta appeared first on Root of Science.


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.