Umum

Jumpa Seorang Nenek & Beberapa Orang Budak Jalanan Yg Meminta Makanan. Apa Yg Gadis Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!

Jumpa Seorang Nenek & Beberapa Orang Budak Jalanan Yg Meminta Makanan. Apa Yg Gadis Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!! | Membantu mereka yang memerlukan tidak semestinya harus dirancang sebaiknya dan dilakukan dalam satu acara, ianya juga boleh berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diduga.

Baru-baru ini seorang wanita dari Filipina telah menyentuh hati dan mendapat pujian ramai netizen selepas berkongsi pengalamannya di Facebook.

Mikee Blanco telah memuat naik status berserta beberapa gambar dan berkongsi kisah di mana dia telah membelikan makanan kepada seorang warga emas yang dijumpainya. Namun, apa yang dilakukannya selepas itu lebih mengagumkan!

Mikee menulis,

“Penjual sampaguita (sejenis bunga) menegur saya malam tadi dan memberitahu dia belum makan apa-apa satu hari. Jadi, saya mengajaknya untuk ikut saya ke Jollibee.”

Kasihan dengan apa yang didengarinya dari wanita tua itu, Mikee tidak sanggup menolak dan bersetuju untuk membelanjanya makan di restoran makanan segera tersebut.

Ketika sedang menuju ke restoran, beberapa kanak-kanak yang menjual bunga dan kelaparan ternampak Mikee bersama wanita tua itu. Mereka segera mendekati dan bertanya jika boleh ikut bersama ke restoran untuk makan.

Meskipun pada asalnya Mikee hanya merancang untuk belanja wanita tua itu sahaja, dia bagaimanapun tidak sampai hati untuk menolak dan mengecewakan mereka. Jadi, dengan hati terbuka dia menjemput kesemua mereka untuk bersama-sama menikmati makanan di restoran itu.

Bukan itu sahaja, demi untuk memberi mereka kepuasan kerana kelaparan, Mikee tidak membeli set ayam goreng sebaliknya membeli satu bucket ayam goreng untuk mereka.

Meskipun perlu mengeluarkan wang yang agak banyak untuk membeli makanan itu semua, melihat senyuman mereka sudah cukup membuatnya gembira dan berasa puas.

Mikee turut menulis,

“Melakukan kebaikan secara spontan benar-benar memberikan satu kepuasan terutamanya membantu mereka yang memerlukan dan tahu ianya menggembirakan mereka.”

Kita memerlukan lebih ramai orang seperti Mikee yang menghulurkan bantuan demi menggembirakan orang yang memerlukan.

Kredit: Lobak Merah

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

The post Jumpa Seorang Nenek & Beberapa Orang Budak Jalanan Yg Meminta Makanan. Apa Yg Gadis Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!! appeared first on SINAR HARIANI.



Sumber: sinarhariani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.