RootOfSience

Coca, Cocaine, Crack

Cocaine dianggap dadah jalanan kelas pertama kerana harganya yang mahal dan menghasilkan akibat psikoaktif yang tinggi.

Related image

Cocaine juga dianggap sebagai dadah yang lebih glamour kerana sering dikaitkan penggunaannya dengan selebriti-selebriti Hollywood. Ia juga digelar ‘the caviar of street drug’.

Image result for cocaine before and after

Cocaine dan kompaun terbitan dari cocaine telah digunakan secara meluas dalam perubatan untuk anaestetik contohnya lidocaine dan novocaine.

BAGAIMANA COCAINE BERTINDAK?

Cocaine meningkatkan paras dopamine di bahagian otak yang mengawal keseronokan. Kebiasaannya, neuron akan merembeskan dopamine sebagai respon kepada sesuatu yang kita ‘suka’, contohnya bau makanan kegemaran kita. Kita akan berasa suka dan puas.

Sepatutnya selepas beberapa waktu, paras dopamine akan kembali normal apabila dopamine diangkut masuk kembali kesel-sel neuron tadi.

Image result for cocaine mechanism of action

Cocaine menghalang dopamine diangkut kembali ke sel-sel neuron dan menyebabkan paras dopamine yang tinggi lebih lama dari normal. Kebanjiran dopamine di celahan persimpangan neuron-neuron di otak ini akan menggagalkan fungsi normal otak dan menyebabkan keadaan ‘high’ seperti:

perasaan kegembiraan yang melampau, hilang kesedaran pada persekitaran, keresahan, sensitif pada cahaya, bunyi dan sentuhan. Cocaine juga boleh mengakibatkan paranoia pada sesetengah pengguna.

Image result for cocaine effects on body

GEJALA-GEJALA PENGAMBILAN COCAINE:

  • Saiz anak mata (pupil) yang mengembang
  • Muntah
  • Menggigil dan otot yang bergerak-gerak spontan (muscle twitching)
  • Peningkatan suhu tubuh
  • Peningkatan tekanan darah dan degupan jantung
  • Tidak boleh duduk diam dan mempunyai tenaga yang luar dari kebiasaan
  • Bercakap tanpa henti, bercakap dengan penuh kegembiraan yang melampau

Tahukah anda?

Kompaun terbitan cocaine telah digunakan dalam perubatan sebagai agen anestetik setempat contohnya lidocaine, procaine.

COCA, COCAINE DAN CRACK

Cocaine adalah alkaloid tropana dari pokok Erythroxylum coca – sejenis tumbuhan tempatan di Amerika Selatan. Sebenarnya, alkaloid cocaine pada daun coca adalah rendah, jadi mengunyah dan menjadikan daun coca sebagai teh tidak akan membuatkan anda ‘high’ (walaupun kesan setempat cocaine seperti kebas di bahagian mulut masih dapat dirasai).

Image result for coca

Tahukah anda?

Sehingga tahun 1880an Coca cola dikatakan mengandungi ekstrak daun dan biji coca.

Cocaine seringkali dilihat dalam bentuk serbuk putih (cocaine hydrochloride) yang boleh disedut menggunakan hidung atau dengan bantuan gulungan kertas (snuff / snorting). Nama jalanan: coke, snow, flake

Image result for snorting cocaine

Cocaine juga kadangkala disapu kebahagian gusi dalam mulut untuk mendapatkan kesan kebas serta merta (gummies). Ini akan menyebabkan gusi dan gigi penagih ini mengalami kerosakan.

Image result for cocaine rubbing on gums

Kadang-kala, cocaine juga diambil secara oral dengan ‘membungkus’ serbuk cocaine dalam bungkusan kecil kertas dan ditelan (parachute, snow ball).

Image result for cocaine parachute

Cocaine dalam bentuk seperti ini juga boleh dicampur dengan air dan diambil menggunakan jarum suntikan.

Image result for cocaine injections

Cocaine juga diperoleh dalam bentuk bongkah-bongkah kristal yang dipanggil ‘crack’. Cocaine seperti ini biasanya adalah campuran cocaine- soda bikarbonat- air.

Image result for cocaine structure

Cocaine dalam bentuk ini juga dikenal sebagai ‘freebase’ kerana ia adalah cocaine yang bebas dari bentuk garamnya (serbuk cocaine adalah berbentuk cocaine hydrochloride). Cocaine jenis ini dikatakan memberi kesan yang lebih kuat dan menyebabkan ketagihan dalam masa yang singkat berbanding serbuk cocaine.

Related image

Penyediaan crack adalah untuk membolehkan cocaine diambil secara inhalasi – cocaine dipanaskan dan wap yang terbit disedut untuk mendapatkan kesan ‘high’.

Related image

KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBLAN COCAINE
Penggunaan cocaine telah dikaitkan dengan sifat keganasan dan tidak waras. Ia juga telah dibuktikan boleh mengakibatkan strok dan sawan kerana kerosakan salur darah dan sel-sel otak akibat apoptosis.

Image result for crack cocaine effects
Selain kesan-kesan buruk cocaine terhadap otak, pengambilan cocaine melalui hidung dan secara oral mengakibatkan kerosakan pada organ-organ yang berkaitan. Cocaine mengakibatkan pengecutan salur darah, sekaligus mengakibatkan organ-organ kekurangan oksigen dan rosak. Pengguna cocaine seringkali mengalami ulser dan kebocoran saluran gastrointestinal.

Image result for cocaine addict nose

Cocaine juga mengakibatkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan degupan jantung. Ini akan mengakibatkan masalah kardiovaskular dalam jangka waktu panjang. Kerosakan ginjal juga sering berlaku pada pengguna tegar cocaine.

Walaupun penggunaan cocaine dikatakan sebagai afrodesiak yang akan meningkatkan nafsu seksual, realitinya cocaine mengakibatkan hilang fungsi seksual (unable to get it done).

Cocaine mengakibatkan kebergantungan dan ketagihan yang kuat. Penggunaannya juga mudah untuk menyebabkan toleran (perlu peningkatan dos pada pengambilan seterusnya untuk menghasilkan keadaan ‘high’ yang sama) kerana mekanisma cocaine yang memfokus pada bahagian keseronokan.

Image result for happy family

Ibu bapa dan ahli keluarga juga perlu cakna dan sentiasa prihatin dengan tingkah-laku pasangan, adik beradik dan anak-anak. Ramai yang menyedarinya setelah terlambat.

Sayangi diri anda, jauhi dadah.

Bagaimana mahu membantu atau mahu dibantu?

Boleh walk-in sukarela ke klinik -klinik Cure & Care 1Malaysia atau…


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.