Umum

Selepas Kes Selesai. Inilah Kenyataan Pengetua Pusat Tahfiz Yg Buat Ramai NAK TAHU !!!

Selepas Kes Selesai. Inilah Kenyataan Pengetua Pusat Tahfiz Yg Buat Ramai NAK TAHU !!! | PENGETUA Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod tidak menyangka ejekan antara pelajar dan remaja luar menjadi punca kepada kebakaran pusat pengajian berkenaan sehingga mengorbankan 23 nyawa.

Menurut Zahid, pihaknya sebelum tidak dimaklumkan mengenai perkara berlaku antara pelajarnya dengan remaja luar.

“Sebelum ini pun pihak tahfiz tidak menerima sebarang laporan berkenaan terdapat ugutan terhadap pelajar.

“Setiap hari Isnin dan Rabu pihak tahfiz akan membawa pelajar turun ke padang berdekatan untuk beriadah tetapi ia dipantau oleh tenaga pengajar.

“Ejek-mengejek itu saya menganggap ia adalah lumrah bagi kanak-kanak, namun saya tidak sangka perkara itu menyebabkan kes besar sehingga mengorbankan nyawa pelajar dan kakitangan,” katanya ketika ditemui di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato’ Keramat Hujung, Kuala Lumpur, hari ini.

Zahid berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit.

“Kami bersyukur kerana kes ini dapat diselesaikan dengan pantas sehingga tertangkapnya suspek.

“Kami harap orang ramai juga tidak terus menyalahkan pihak tahfiz kerana kami pun banyak kekurangan. Sepatutnya tunggu siasatan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi, Khamis lalu, seramai 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut selepas terperangkap di dalam kebakaran banggunan sementara pusat tahfiz terbabit.

Kredit : Mymetro

The post Selepas Kes Selesai. Inilah Kenyataan Pengetua Pusat Tahfiz Yg Buat Ramai NAK TAHU !!! appeared first on HARIAN METRONI.



Sumber: harianmetroni


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.