Umum

Ramai Tak Tahu! Apabila Memotong Nanas, Usah Buang ‘Bahagian Atasnya’..Ini Sebabnya…

Ramai Tak Tahu! Apabila Memotong Nanas, Usah Buang ‘Bahagian Atasnya’..Ini Sebabnya… | KITA VIRAL – Buah nanas digunakan dalam pelbagai keadaan samada untuk memasak atau dimakan mentah. Sudah semestinya ia sangat melazatkan dengan kemanisan buah tersebut. Namun ramai tak tahu, jika kita membeli buah nanas pasti bahagian atasnya tidak dibuang. Rupanya bahagian atas buah nanas ini jangan dibuang begitu sahaja kerana ini fungsinya. Inilah cara orang menanam nanas…

Selepas membeli nanas, ramai yang akan membuang bahagian atasnya ini kerana tiada isi. Mungkin ada yg tertanya-tanya kenapa penjual buah atau peladang semasa memetik nanas tidak terus membuang bahagian ini. Ini kerana mereka mahu mengekalkan kesegaran buah tersebut.

Tapi, jika kita membelinya, jangan terus dibuang bahagian atanya itu namun kali ini cuba buat begini. Potongkan bahagian atas tersebut seperti dalam gambar, kemudian dapatkan beberapa kayu pencungkil gigi. seterusnya lakukan seperti dalam gambar.

Cucuk bahagian atas yang dipotong tadi dengan pencungkil gigi. Cucuk pencungkil gigi secara bersilang, tujuannya untuk elakkan bahagian tersebut tenggelam ketika diletakkan diatas permukaan botol. Kemudian dapatkan botol atau mangkuk yang diisi dengan air lalu rendamkan bahagian bawahnya ke dalam air. Ingat, tukar air setiap hari!

Apabila akar mula tumbuh pada bahagian bawahnya, alihkannya ke sebuah pasu bunga dan pastikan bahawa pasu tersebut menerima cahaya matahari yang mencukupi.

Selepas ini, anda hanya perlu tunggu buah nanas ini matang!

Cubalah di rumah hari ini. Anda hanya perlu membeli nanas sekali sahaja!

The post Ramai Tak Tahu! Apabila Memotong Nanas, Usah Buang ‘Bahagian Atasnya’..Ini Sebabnya… appeared first on KITA VIRAL.



Sumber: kitaviral


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.