Kisah aku bermula pada hari Rabu lepas, aku merupakan pelajar tahun akhir di Akademi Pengajian Melayu di sebuah Universiti Malaya. Sekarang merupakan cuti semester dan aku tidak pulang kerana bekerja secara sambilan di sebuah pasaraya dan menetap di kolej kediaman di dalam kampus(rahsia). Aku tinggal bersama seorang lagi teman sebilik yang turut sama tidak pulang kerana bekerja( Model kot, hari2 dia shooting). Aku yang tak berapa lawa ni jadilah promoter je.
Hari Rabu lepas adalah hari cuti “Off
Day” aku sehingga Khamis, maka aku berseorangan di bilik, sedangkan
kawan aku sibuk dengan modellingnya. Bila aku whatsapp dia kata dia
balik awal pagi nanti. Disebabkan aku seharian duduk di bilik, aku ambil
keputusan untuk menonton wayang di GSC Midvalley. Maka bersungguhlah
aku bukak laptop (line Ya Ampun Lajunya) dan tengok waktu tayangan. Jam
menunjukkan jam 8 malam. Cerita yang aku nak tengok pulak ada jam 9, 11
dan 12 malam lebih kurang macam tulah. Aku dengan beria nak tengok
tempat duduk, tup tup yang pukul 12 malam je ada tempat duduk yang logik
(sape yang biasa tengok wayang akan faham). Sape pulak nak patah
tengkuk duduk depan-depan. Maka aku belilah tiket wayang jam 12 malam.
Selesai solat Isyak dan layan movie
sebiji dua, aku turun ke parkir kereta dan menghidupkan enjin dan
meluncur laju ke arah Midvalley. Jam dah 11.40 kalau tak silap,a ku
terus masuk parking atas yang searas dengan GSC supaya tak jauh nak
berjalan ke wayang. Aku pon sampai dan layanlah cerita tu walaupun
takdelah best mana trailer je A, hahaha. Selesai wayang aku keluar dan
ke toilet (sejuk kot wayang tadi). Kat sini wayang aku pulak bermula.
Aku ke toilet atas sebelah tempat bowling semua tu.
Masa aku masuk, memang aku sorang je
sebab pintu tandas semua memang terbukak (tak rapat aku assumelah takde
orang). Bila aku keluar nak ke sinki, ada satu bunyi dari tandas sebelah
yang aku guna. Mulanya aku ingat aku salah dengar, tapi bila aku pasang
telinga, sah! Memang ada bunyi. Bunyinya macam lelaki tengah bercakap
seolah-olah bercakap dalam telefon (bermonolog). Dalam keadaan takut
campur geram aku pon pergi dan tolak pintu tandas tu. Tapi takde orang
dan suara tu hilang. Aku pelik dan mulalah perasan yang aku
sorang-sorang rupanya dalam tandas pukul 2 pagi! Aku keluar dari tandas
dan terus ke tempat parkir. Masa ni peluh dia takyah cakaplah, memang
takut.
Dalam kereta aku mula fikir pasal
kejadian tu. Menyumpah betul bila aku berani tolak pintu tandas tu.
Buatnya ada pompuan rambut panjang kenyit mata ke gelak mengilai baru
padan muka. Aku hidupkan enjin dan mula bergerak keluar. Dari tingkat
aku parkir aku turun dan ikut jalan KELUAR. Satu persatu tingkat aku
turun. Aku hidupkan radio tapi signal dia macam hidup segan mati takmau
je. Biasalah parkir kan. Aku terus menekan pedal berselang seli dengan
brek apabila nak membelok. Sedang syok pusing stering baru aku sedar,
dah berapa tingkat aku turun kenapa tak jumpa-jumpa pintu nak bayar
tiket. Masa tu aku rilek lagi. Ingatkan aku mamai sebab fikir kes kat
tandas tu. Aku mula kira tingkat yang aku turun. 1….2….3….4…5..
Gila! Setahu aku, aku naik 4 tingkat je
masa nak parkir tadi. Kenapa aku tak jumpa-jumpa jalan keluar? Masa ni
aku panik dah. Aku amek telefon dan menyumpah-nyumpah sebab betul2 ada
1% dan takde powerbank dan takde line. Aku tak berhenti sebab aku takut.
Aku terus bergerak ikut tanda KELUAR. Masa tu aku baru perasan yang
takde sebuah kereta pon ada sekali. Bayangkan parkir semua kosong macam
cerita Desolasi. Aku mula menangis, aku takut yang teramat sangat. Aku
panggil nama mak ayah aku. Keretaku masih bergerak dan aku cuba cari
jalan keluar, aku cuba patah balik ke atas dengan harapan dapat jumpa
semula pintu wayang yang aku masuk tadi. Misteri sangat bila aku naik ke
atas pon sama. Aku macam naik 50 tingkat tapi semua benda sama pada
setiap tingkat. Bayangkan perasaan aku. Aku turun pun sama, naik pon
tetap sama.
Dalam masa gelabah tu jugaklah aku ada
perasan kat cermin belakang, ada macam lembaga berwarna merah kat hujung
jalan kat arah belakang kereta aku. Lembaga tu seolah-olah macam
manusia berbadan kurus, ada janggut yang pnjang sampai ke bawah, tak
pakai pape dan kedua tangannya ke atas. Aku nak toleh harap maaflah ye.
Aku cuma tengok cermin belakang dengan hujung-hujung mata sebab masa tu
hanya Allah swt yang tahu betapa takutnya bila nampak, aku siap doa
supaya aku pengsan.
Tapi aku tetap meluncur naik dan turun
cuba mencari jalan keluar. Aku dalam takut-takut tu sempat juga tengok
cermin, setiap kali 1 tingkat akan ada makhluk yang berwarna merah tu
kat hujung setiap tingkat. Aku tak kira dah berapa tingkat aku turun
naik sebab aku tau nak keluar ASAP! Padanlah takde CD Alquran dalam
kereta yang aku kira boleh membantu masa saat-saat genting macam ni, nak
baca surah pon tergagap sebab memandu dalam keadaan macam ni. Bukan
jalan lurus tapi kau kene membelok setiap kali turun naik tingkat. Kira
boleh buat drift macam tu (myvi boleh ye?)
Saat menakutkan ni berakhir secara
tiba-tiba ada guard tengah jalan kat 1 tingkat. Aku hon dan dia respon.
Masa tu aku bersyukur sangat-sangat, Allah je yang tahu leganya bila
berjumpa “manusia” lain. Aku panggil dia dan bagitau apa yang jadi
walaupun dia tak faham, hahaha Nepal kot. Aku mintak dia tunjuk jalan,
dia setuju dan aku ikut je dengan kereta perlahan-lahan. Aku turun 1
tingkat je terus ada tempat bayar untuk keluar dan ada sorang akak je
kat dalam tu. Peliknya aku turun naik macam orang gila tak jumpa apa
pon. Aku terus hulurkan tiket dan akak tu buat muka pelik. “Adik baru
turun ke? Dah pukul 6 ni”, tanya akak tiket tu. Baru aku sedar yang
dekat 4 jam aku bergelut cari jalan keluar. Fuhh. Keluar je dari parking
aku berhenti depan hentian teksi dan jumpa dengan sorang “security”
Melayu yang duduk kat tepi pintu.
Aku cerita segalanya kat brother tu dari
A-Z. Brother tu panggil sorang lagi kawan dia dan diorang tanya aku
soalan macam2. Rupanya bukan aku je pernah jadi macam tu. Pernah ada kes
yang sama, tapi dia dekat dalam Midvalley lepas keluar wayang tak jumpa
jalan keluar sampailah waktu tengahari, itupun guard jumpa kat dalam
bilik servis kalau tak silap. Aku bersyukur aku tak jadi pape, Allah
masih pelihara dan lindungi. Aku balik terus ke kolej lepas tu dan tak
boleh tidur. Aku tunggu roommate aku bangun dan cerita segalanya. Aku
dok teringat suara dan lembaga merah tu sampailah sekarang, aku bukanlah
orang yang percaya kat benda-benda sebegini dan kisah yang aku alami ni
memang merubah aku. Nasihat aku terutama yang perempuan berhati-hatilah
tak kira mana korang berada. Selalu minta perlindunganNya.
Semoga cerita aku dijadikan iktibar- RYTCI
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :