Sensasi

'Dia milik aku! Aku nak pisahkan dia dengan suaminya!'


SIHIR PEMISAH DARI BEKAS TUNANG

Inilah 'barang sihir' (gambar) yang ditemui tertanam di hadapan rumah pesakit pasangan suami isteri yang baru dua hari bernikah. Selepas dibuang benda khurafat ini, pasangan suami ini mengalami kejadian pelik dan mimpi yang sangat menganggu tidur. 

Akibat tidak tahan dengan gangguan tidur dan lain-lain, pasangan ini berusaha untuk merawati dan merungkai permasalahan setelah lebih setengah tahun terganggu. 

Hasil dari ruqyah kepada si isteri, tindakbalas gangguan jelas muncul. Tangisan yang kuat seakan kepanasan  dan kasihnya 'gangguan' itu kepada pesakit dan meronta kegelisahan. 

Saya tanya, "Siapa kau? Apa kau nak dari jasad ini? Siapa yang arahkan kau menganggu dia?" 

Akibat kepanasan, jin itu menyerah dengan menjawab, "Aku sayang dia dan dia milik aku. Aku nak pisahkan dia dengan suaminya. Aku tidak mahu dia ada anak."

Perbincangan dengan jin ini berterusan sehingga mengetahui dari mana ia datang. Bekas tunang wanita ini berdendam akibat terputus pertunangan dahulu dan kini mahu pasangan ini berpisah. 

Setelah selesai dirawat, pesakit sedar dalam kebingungan. Suaminya juga seakan tergamam dengan pengalaman pertama situasi begini dihadpi. 


Dendam bekas tunang si isteri rupanya hingga terpalit dalam kejahilan sihir. Limau yang dicucuk jarum dan paku itu adalah 'simbolik' jasad yang disihir untuk diserang pada bahagian tertentu. 

Kepada penyihir, bertaubatlah. Ingatlah kepada Allah. Mungkin hari ini anda puas menyihir orang lain, siapa tahu mungkin suatu hari nanti ahli keluarga anda pula ditimpa musibah kejahilan ini. 

Semoga Allah beri kesembuhan dan perlindungan pada pasangan ini dan dibukakan hati penyihir agar bertaubat di jalan Allah. Allahuakbar. 


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.