RootOfSience

Tidur lepas bersenam menyebabkan serangan sakit jantung. Betul ke?

Minggu lepas viral satu post yang mengatakan mereka yang terus tidur lepas bersenam boleh menyebabkan serangan sakit jantung




Anda boleh baca post tersebut di bawah:

BERITA PENTING UNTUK KAKI GYM …!Slps workout… Bdn kita memerlukan atleast 3jam tuk recover smula… Skrg dh rmai…

Posted by PenMerah [dot] com on 5hb Ogos 2017

Di dalam post tersebut menerangkan beberapa perkara iaitu:
1) Badan memerlukan 3 jam untuk jadi normal semula sebelum tidur
2) Ramai yang mati sebab serangan sakit jantung(heart attack) kerana tidur terus selepas bersenam
3) Berlaku campuran oksigen dan karbon dioksida dalam darah menyebabkan individu tersebut lemas dan terkena serangan sakit jantung.

Disini kami ingin kupas satu persatu.

1) Badan memerlukan 3 jam untuk jadi normal semula sebelum tidur?

Saya akan menceritakan berkenaan fisiologi tubuh terdahulu untuk memahami perkara ini. Apabila kita bersenam, badan kita akan memasuki satu mode yang dinamakan sebagai ‘fight and flight’ mode. Di mana dalam mode ini satu sistem saraf akan menjadi dominan dan sistem saraf itu dipanggil sebagai saraf sympathetic.

Apabila saraf sympathetic aktif, ia akan menyebabkan degupan jantung berdenyut secara laju, saluran darah di otot mengembang dan pemikiran menjadi lebih fokus. Ini untuk menyediakan badan dalam menghadapi senaman yang akan dilakukan kerana otot memerlukan oksigen yang lebih pada ketika itu.

Ketika selesai bersenam, saraf sympathetic selalunya masih aktif. Bermaksud denyutan jantung masih laju , saluran darah di otot masih mengembang dan semua kesan saraf sympathetic masih wujud.

Kajian pada 2011 yang dijalankan oleh Myllymäki et al menunjukkan bahawa lebih kurang 3 jam diperlukan untuk sistem saraf sympathetic seseorang itu kembali normal. Jadi apa yang dinyatakan dalam artikel yang diperbincangkan ada sebahagiannya benar.

Tetapi keputusan yang lebih penting untuk kita lihat dalam kajian ini adalah berkenaan dengan kualiti tidur dan juga ‘heart rate variability’ (Kadar denyutan nadi yang berubah-ubah).

Contoh kesan saraf sympathetic apabila ia aktif

2) Ramai yang mati sebab tidur terus lepas bersenam kerana mengalami serangan sakit jantung?

Pada point yang kedua ini, saya ingin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan ‘heart rate variability'(Kadar denyutan nadi yang berubah). ‘Heart rate variability'(HRV) adalah salah satu fenomena fisiologi dimana ia menunjukkan bahawa masa diantara denyutan nadi boleh berubah-ubah.

Para saintis telah menunjukkan kebanyakkan pesakit yang mempunyai serangan sakit jantung mempunyai bacaan HRV yang rendah. Bukan setakat itu, bacaan HRV yang rendah juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik yang lain seperti masalah saraf di dalam diabetes.

Kita berbalik semula dengan perbincangan di atas berkenaan tidur terus lepas bersenam, daripada kajian yang sama Myllymäki T et al(2011) menunjukkan bahawa walaupun kadar denyutan nadi masih tinggi ketika peserta kajian tidur selepas bersenam, tetapi bacaan HRV untuk keseluruhan waktu tidur menunjukkan tiada sebarang perubahan. Bermaksud bacaan HRV masih pada julat yang normal.

Oleh itu, secara kesimpulannya, daripada kajian tersebut boleh kita katakan bahawa tidur selepas bersenam belum lagi terbukti menyebabkan kesan buruk seperti terkena serangan sakit jantung. (Disebabkan bacaan HRV yang masih normal)

3) Berlakunya percampuran gas oksigen dan karbon dioksida yang menyebabkan lemas dan sakit jantung?

Perlu diketahui bahawa darah kita memang bercampur oksigen dan karbon dioksida. Tetapi peratusan kepekatannya berbeza-beza bergantung kepada jenis saluran darah. Jika saluran darah arteri iaitu darah yang dibawa daripada jantung ke organ dan tisu lain, kandungannya tinggi dengan oksigen dan rendah karbon dioksida. Manakala, di vena pula, kandungan oksigen rendah berbanding dengan kandungan karbon dioksida. Ini kerana ia membawa darah daripada tisu dan organ balik semula ke jantung.

Hanya mereka yang mempunyai masalah jantung berlubang sahaja akan mempunyai kandungan oksigen dan karbon dioksida yang sama dalam darah(dalam arteri). Ini kerana darah yang tinggi oksigen di bahagian kiri jantung akan bercampur dengan darah yang kurang oksigen di bahagian kanan jantung disebabkan lubang dibahagian dinding tengah  jantung.

Kesimpulan:

Selepas bersenam badan memerlukan lebih kurang 3 jam untuk denyutan nadinya kembali ke aras yang normal. Tetapi daripada segi kualiti tidur dan ‘heart rate variability'(HRV) mereka yang tidur lepas bersenam waktu malam adalah masih sama. Ia memberi kesimpulan pada kita bahawa tidur lepas bersenam belum terbukti menyebabkan serangan sakit jantung ataupun perkara lain yang merbahaya.

Kami bukanlah menyarankan untuk terus tidur selepas bersenam. Cukuplah tujuan kami untuk beritahu bahawa tidur selepas bersenam waktu malam belum lagi terbukti menyebabkan kesan sampingan

Jika anda rasa post ini bermanfaat, sila like page kami serta lawat laman web kami Root of science untuk mendapat lebih maklumat.




Rujukan:
1. Myllymäki T, Kyröläinen H, Savolainen K, Hokka L, Jakonen R, Juuti T, Martinmäki K, Kaartinen J, Kinnunen ML, Rusko H: Effects of vigorous late-night exercise on sleep quality and cardiac autonomic activity. J Sleep Res. 2011 Mar;20(1 Pt 2):146-53. doi: 10.1111/j.1365-2869.2010.00874.x. http://ift.tt/1r3hSM0

The post Tidur lepas bersenam menyebabkan serangan sakit jantung. Betul ke? appeared first on Root of Science.


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.