Umum

TERJUMPA Beg Tangan, CCTV Rakam Apa Dua Gadis Ni Cuba Buat Di ATM MENGEJUTKAN !!!

TERJUMPA Beg Tangan, CCTV Rakam Apa Dua Gadis Ni Cuba Buat Di ATM MENGEJUTKAN !!! | Bak kata pepatah Inggeris, ‘Wang adalah akar kepada segala kejahatan’. Begitulah apa yang berlaku kepada dua orang gadis ini apabila duit telah mengaburi mata mereka.

Baru-baru ini tular di laman Facebook, rakaman CCTV dua orang gadis bertudung sedang mengeluarkan wang dari mesin ATM. Menurut sumber, kedua-dua gadis tersebut telah menemui sebuah beg tangan milik seseorang yang tidak dikenali.

Mereka kemudiannya mencuba nasib dengan mengeluarkan wang menggunakan kad ATM mangsa yang dijumpai di dalam beg tangan tersebut di mesin ATM berdekatan.

Tak disangka-sangka, tekaan nombor pin kad ATM tersebut mengena dan mereka berjaya mengeluarkan sejumlah wang yang boleh tahan banyak. Amboi raya sakan la ye, kak. Duit haram tuu!

Sumber: Facebook

Suspek kedua-duanya hanya meneka nombor pin kad ATM tersebut berdasarkan tarikh lahir mangsa yang tertera di kad pengenalan.

Kedua-dua orang gadis tersebut tanpa rasa bersalah kelihatan terlompat-lompat gembira setelah tekaan mereka mengena. Langsung tiada terpancar rasa bersalah di atas tindakan terkutuk mereka.

Berikutan tularnya rakaman tersebut, netizen rata-rata mengecam tindakan kedua-dua orang gadis itu dengan menyifatkan mereka berdua sebagai tidak mempunyai akhlak yang baik walaupun bertudung.

Malah ada juga mengatakan ‘hijab’ yang dipakai gadis-gadis ini tidak mencirikan sikap seorang Muslim yang sebenar. Tak semua yang pakai tudung tu baik, kan??

Kalau nak letak nombor pin, tolonglah letak nombor lain selain nombor kad pengenalan. Orang sekarang makin bijak dan tamak. Hilang sudah kejujuran dan rasa bersalah hanya kerana wang!

Mulanya jumpa beg tangan.. pergi atm cuba teka guna tarikh lahir owner.. syok macam kena loteri bhai.. tapi sayang otak letak kat lutut.. sebab mata dah kabur dengan duit meringkuk la kau dalam penjara nanti..

Posted by SayaShare on Tuesday, June 27, 2017

Kredit : Lobak Merah

P.S. 1 – Jangan Berani Memiliki Kereta Kalau Tak Tahu 31 Perkara Penting Ini Terutamanya No 23 !!!
P.S. 2 – Banduan Ini Kuat ‘Makan’. Apa Yang Dimakannya Pasti Mengejutkan Anda !!!
P.S. 3 – Kisah Benar Cikgu Diseksa Ketika Koma Sebelum Ke Mekkah..Terkejut Ini Puncanya !!!
P.S. 4 – (VIDEO) Kejadian Aneh Kubah Hijau Masjid NABI MUHAMMAD SAW Bertukar Warna Merah !!!
P.S. 5 – Ayam Ini Masih Boleh Hidup Setahun Lebih Tanpa Kepala, Puncanya Buat Ramai TERPANA !!!

The post TERJUMPA Beg Tangan, CCTV Rakam Apa Dua Gadis Ni Cuba Buat Di ATM MENGEJUTKAN !!! appeared first on BISKUTMANIS.



Sumber: biskutmanis


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.