RootOfSience

Senaman lidah boleh elakkan penyakit Alzheimer. Betul ke?

Viral satu mesej di whatapps dan facebook yang mengatakan senaman lidah boleh mengelakkan penyakit Alzheimer. Tapi betul ke?

Post tersebut seperti dibawah:

💐Assalam…saya just nak share article ni sbb amat practicle d info sgt2 baik utk kita dan keluarga tersayang….

Posted by Kiamat sudah dekat on 13hb November 2016

Kami telah melakukan penyiasatan berkenaan perkara ini. Ternyata ia merupakan khabar angin ataupun tips yang dikongsikan daripada luar negara. Anda boleh rujuk link ini. Tongue Exercise For Alzheimer’s

Di dalam link tersebut, terdapat satu laman web yang berkongsi cara-cara senaman lidah untuk mengelakkan daripada menghidapi penyakit Alzheimer. Ia adalah mempunyai persamaan yang ketara di antara 2 post tersebut.

Kenyataan ini daripada web tersebut.

Each morning when you wash your face in front of a mirror, begin with the exercise from shrinking & thus achieve a healthier body. Begin with exercise as: STICK OUT YOUR TONGUE & MOVE IT TO THE RIGHT THEN TO THE LEFT FOR 10 TIMES. THEN DO IT FROM LEFT TO RIGHT 10 TIMES. Do it daily. Within a year there will be improvements in your Brain Retention. Your mind will be fresh & Also you will see improvements in far sightedness, giddiness, improve wellness, digestion & absorption, and flu/cold. You will be stronger & more agile

Kenyataan ini pula daripada post yang viral di Malaysia

Gerakannya sangat mudah.
Setiap pagi selepas membasuh muka,

1. JULURKAN LIDAH dan MENARIK KEMBALI sebanyak 10X,
Seterusnya

2. JULURKAN LIDAH lalu digerakan ke kanan dan kiri sebanyak 10X,

Sejak itu aku melakukan senaman lidah ini setiap hari berterusan utk melihat hasilnya.
Hasil dari Rawatan gerakan Senaman Lidah ini telah menghasilkan :

Otak menjadi lebih pintar dan cergas
, rabun jauh semakin kurang
, kepala tidak pening lagi
, masalah penghadaman semakin baik
, Mudah penat dan lain2 penyakit yang selama ini yg ku hidapi semakin berkurangan
, badan menjadi lebih cergas

Kita lihat bahawa artikel itu hanyalah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu tanpa melihat sumbernya adakah ia benar ataupun tidak.

Apakah itu penyakit Alzheimer?

Bahasa mudah bagi orang biasa adalah penyakit Nyanyok. Mudah lupa. Tidak ingat nama orang yang selalu berada disampingnya, Tidak boleh menghabiskan kerja yang selalu diperbuat olehnya.

Keadaan ini disebabkan degredasi pada bahagian saraf terutamanya pada bahagian otak yang menyebabkan kebolehan kognitif dan sikap seseorang terjejas. Ia adalah pesakit yang tidak boleh diubati dan akan berterusan menjadi semakin teruk.

Apakah punca penyakit Alzheimer?

Para saintis dan pengkaji masih tidak menemukan punca utama penyakit Alzheimer. Tetapi mereka menemukan faktor risiko bagi mereka yang boleh menghadapi penyakit ini iaitu

  • Umur yang bertambah
  • Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit Alzheimer
  • Obesiti
  • Penyakit Diabetes
  • Darah tinggi
  • Kecederaan di otak
  • Mereka yang tidak bersenam

Faktor risiko ini dikatakan menjadi penyebab kepada peningkatan beberapa kompaun di dalam otak yang akan merosakkan sistem saraf itu sendiri. Kajian pada penghidap Alzheimer yang telah meninggal dunia telah pun dibuat sekian lama. Otak mereka diambil dan dilihat dibawah mikroskop. Kelihatan disitu kehadiran kompaun yang dipanggil sebagai Protein Tau dan juga plak beta amyloid. Kompaun ini disyaki menjadi punca degradasi saraf di bahagian otak yang berakhir dengan penyakit Alzheimer.

Disamping itu, para saintis juga menyatakan kehadiran radikal bebas yang tinggi juga menyebabkan kerosakan pada neuron di dalam otak

Bersenam dapat mengurangkan kebarangkalian untuk menghidapi penyakit Alzheimer?

Satu kajian pada tahun 2010 yang menggabungkan beberapa kajian yang lain telah menemukan bahawa bersenam mampu mengurangkan risiko untuk menghidapi Alzheimer. Walaupun majoriti daripada kajian ini adalah kajian terhadap haiwan, tetapi ia menunjukkan perbezaan yang ketara diantara haiwan yang bersenam dengan haiwan yang kurang bersenam. Otak haiwan yang tidak bersenam mengandungi kompaun tau protein dan beta amyloid yang banyak berbanding dengan otak haiwan yang bersenam. Malah satu kompaun yang baik untuk otak iaitu Neurotrophins juga didapati tinggi dalam haiwan yang bersenam.

Ini menunjukkan bahawa mereka yang bersenam mungkin boleh mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit Alzheimer.

Sejak daripada kajian ini keluar lah, baru viral berkenaan senaman lidah boleh merawat ataupun mengelakkan penyakit Alzheimer. Nampak ramai orang yang salah tafsir kajian tersebut

Senaman lidah boleh mengelakkan penyakit Alzheimer ke?

Tiada kajian yang mengatakan hanya senaman lidah sahaja boleh mengelakkan penyakit Alzheimer. Malah dalam kajian yang saya rujuk di atas, tikus-tikus tersebut disuruh untuk bersenam secara keseluruhan iaitu dengan berlari. Bukan hanya dengan menggerakkan lidah mereka.

Kesimpulan yang mengatakan senaman lidah boleh membantu penyakit Alzheimer adalah sesuatu yang tidak berasas. Malah dalam seharian kita memang akan menggerakkan lidah ketika bercakap

Rekomendasi kami

Walaupun kajian berkenaan senaman boleh mengelakkan penyakit Alzheimer masih pada peringkat haiwan lagi, tetapi ia masih memberi manfaat yang besar kepada kita. Ini kerana dengan senaman akan mengurangkan faktor risiko alzheimer yang lain seperti kencing manis dan darah tinggi. Bahkan, kajian juga menunjukkan senaman mampu mengurangkan radikal bebas dan seterusnya mungkin mengurangkan kebarangkalian saraf otak dirosakkan oleh radikal bebas tersebut. Jadi, buatlah senaman untuk mengelakkan Alzheimer dan juga penyakit kronik yang lain.

Rujukan:
Radak Z, Hart N, Sarga L, Koltai E, Atalay M, Ohno H, Boldogh I. Exercise plays a preventive role against Alzheimer’s disease.J Alzheimers Dis. 2010;20(3):777-83. doi: 10.3233/JAD-2010-091531.


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.