Apakah sebenarnya cinta?
Ada pelbagai tafsiran mengenainya. Dari sudut liguistik, romantic, psikologi sehinggalah aspirasi artistic. Namun, mari kita bincang sedikit mengenai apakah yang berlaku tatkala kita terjatuh cinta.
Cinta itu adakah betul buta? Mengapa kita jatuh cinta? Mengapa kita ada perasaan cinta? Cinta biasanya digambarkan dengan: mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Mengapa?
Emosi sebenarnya dikawal oleh rembesan dan keadaan neuropemancar di otak. Neuropemancar adalah penghantar kimia yang menghantar impuls atau signal dari satu neuron kepada neuron yang lain. Samaada untuk mengaktifkannya atau menghentikan reaksi neuron tersebut. Pengaktifan neuron oleh neuropemancar inilah sebenarnya yang memberi signal untuk apa saja yang berlaku dalam tubuh kita.
Norepinephrine/ Epinephrine
Tatkala mata bertentang mata…
Bila kita terlihat orang yang kita cinta, selalunya orang kata jantung berdebar-debar, peluh sejuk mengalir, muka pun terasa panas. Ini adalah disebabkan oleh aksi adrenalin-noradrenaline. Neuropemancar ini dirembeskan dan meningkatkan degupan jantung dan dilasi salur darah (pengembangan salur darah).
Norepinephrine juga mempunyai aksi negative terhadap kawalan sistem enteric. Ia menyebabkan penurunan pergerakan gastrointestinal dan rembesan bahan-bahan pencernaan sekaligus menurunkan aktiviti pencernaan. Jadi kita lambat terasa lapar.
Peningkatan neuropemancar ini di otak juga dikatakan meningkatkan rasa girang (joyful) dan menurunkan selera makan. Macam biasa dengar kan?
Dopamine
Cinta. Seperti sang pungguk yang senantiasa merindui bulan. Mahu saja si pungguk terbang memeluk bulan. Malangnya sayap tak sampai…..
Dopamine adalah neuropemancar yang bertanggungjawab atas rasa ‘feel good’ yang selalu kita lalui tatkala mengingat, melihat atau menikmati sesuatu yang kita suka. Contohnya, apabila seseorang yang meminati coklat sedang menikmati coklat – rasa bahagia hingga kelangit biru (pleasure) tersebut disebabkan oleh rembesan dopamine di otak.
Neuropemancar ini juga menyebabkan manusia lebih mudah berbicara (talkative), dan mudah ‘excitable’. Dopamine juga mengawal respon emosi dan kebolehan untuk memanifestasikan rasa suka. Selalu lihat orang yang dilamun cinta menuturkan pickup line yang menarik dan selalu tersengih sendirian?
Menariknya, dopamine juga mengawal rasa sakit. Oh dear… love is pain!
Namun, janganlah gusar untuk jatuh cinta walaupun kadang kala ia menyakitkan. Dopamine juga mengaruh rembesan oxytocin yang menyebabkan anda melupai rasa sakit tersebut. Hormon ini juga dirembeskan ketika proses melahirkan anak dan menyusukan. Ia juga dikenal sebagai hormone yang menyebabkan kita mahu terasa dekat dengan yang dikasihi.
Phenylethylamine (PEA)
Cinta. Buat hati selalu galau…
Kompaun kimia ini adalah neuromodulator yang mengaruh rembesan norepinephrine dan dopamine di otak. Kedua-dua neuropemancar norepinephrine dan dopamine menyebabkan PEA dirembeskan. Ini menyebabkan kita berasa mabuk dngan perasaan cinta tersebut, kerana kehadiran PEA akan meningkatkan rembesan kedua-dua neuropemancar terutama dopamine.
Kompaun neuromodulator ini dikatakan tinggi dalam produk seperti coklat, mungkinkah itu sebabnya coklat menjadi pilihan utama sebagai hadiah kepada kekasih? Namun, sebenarnya, kompaun PEA yang terdapat dalam coklat akan musnah apabila dicernakan. Perasaan bahagia ketika memakan coklat tersebut kebanyakannya terhasil dari kandungan gula dalam coklat.
Cinta itu sebenarnya adalah rahmat dari Ilahi. Cinta dan kasih sayang menyebabkan kita damai hidup bersama-sama di dunia ini. Bayangkan jika tiada perasaan cinta sesama manusia, antara adik beradik, cinta antara sahabat, cinta antara ibu pada anaknya?
Marilah… raikan cinta!
Rujukan
Malakh-Pines A. Falling in love: Why we choose the lovers we choose. Taylor & Francis; 2005.
Marazziti D, Canale D. Hormonal changes when falling in love. Psychoneuroendocrinology. 2004 Aug 31;29(7):931-6.
Earp BD, Wudarczyk OA, Foddy B, Savulescu J. Addicted to love: What is love addiction and when should it be treated?. Philosophy, psychiatry, & psychology: PPP. 2017 Mar;24(1):77.
Sumber: RootOfSience
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :