RootOfSience

PENAT BERHABIS DUIT UNTUK PENJAGAAN KULIT?

Semasa di Malaysia, anak kecil saya sering menghadapi masaalah keradangan kulit yang disebabkan alergi; atopic dermatitis atau esczema. Habis seluruh badannya kemerahan, tergaru-garu sehingga muncul kudis dan nanah yang kurang enak baunya. Apabila diselidiki, ini disebabkan cuaca panas dan peluh.

Umumnya, penyebab utama jangkitan atopik terjadi masih lagi kabur. Namun, para saintis beranggapan ia disebabkan oleh faktor genetik – 85% pasangan kembar pasti akan dijangkiti kedua-duanya, kecelaruan sistem imuniti badan, dan faktor persekitaran – terdedah kepada cuaca panas, bahan kimia dan sebagainya. Langah bijak yang perlu diambil bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil sebegini adalah dengan menjauhi anak-anak dari perkara-perkara yang disyakki menjadi penyebab.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Translational Medicine pada Februari 2017 lalu mencadangkan bahawa keradangan atopik ini disebabkan kekurangan bakteria “berharga” pada kulit seseorang individu bagi menentang jangkitan yang disebab oleh bakteria Staphylococcus aureus.

Kumpulan pengkaji microbiome kulit ini telah mengkultur sejumlah bakteria yang bermandiran pada kulit dan cuba untuk menghasilkan krim kulit yang mengandungi probiotik. Krim penjagaan kulit ini dicipta khusus untuk 5 pesakit yang menanggung penderitaan bagi jangkitan keradangan kulit ini.

Richard Gallo, yang merupakan penyelidik utama untuk kajian ini berkata, “Kami kenal pasti jenis-jenis bakteria yang kurang pada setiap kulit pesakit, kami biakkan di dalam krim penjagaan kulit, sapukan pada kulit, dan hasilnya koloni Staph berkurangan!”.

Walaupun kajian ini hanya melibatkan sampel yang kecil, dan dijalankan pada skala makmal, ia menunjukkan 90 peratus keberkesanan. Para pengkaji sedang berusaha untuk mencari lebih banyak microbiome kulit dan mencari species yang dapat menentang jangkitan kulit pada spektrum yang lebih besar.

Pernah anda berhabis duit untuk penjagaan kulit? Tapi masih berjerawat? Mungkin, suatu hari nanti – jika anda ke kedai penjagaan kulit, anda akan memilih bakteria yang sesuai untuk kulit anda pada katalog, selain terikat pada sesetengah jenama produk penjagaan kulit tertentu.

 

Sumber: T. Nakatsuji et al., “Antimicrobials from human skin commensal bacteria protect against Staphylococcus aureus and are deficient in atopic dermatitis,” Science Translational Medicine, doi:10.1126/scitranslmed.aah4680, 2017.


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.