Sensasi

Nasib Isteri Ditinggalkan Suami Kerana Penyakit Dibela

Akibat suami akibat penyakit Lymphatic Filariasis yang mengakibatkan sebelah kakinya membengkak, nasib Juan Suwanchatree, 44, akhirnya terbela apabila ada insan yang sudi membantunya mendapatkan rawatan pakar.

Memetik Daily Mail, Juan, yang berasal dari Thailand, mula mengalami penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Saya bertemu doktor yang telah memberikan ubat kepada saya namun ia tidak berkesan sebaliknya kaki saya semakin membengkak.”

Wang simpanannya juga telah habis dibelanjakan untuk rawatan dan bagi menyara hidupnya, dua anaknya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja mengambil upah menoreh getah.

Ketika mereka keluar bekerja, Juan dijaga oleh ibu bapanya yang telah tua. Namun nasib baik adalah Bhin yang sering mengembara ke seluruh Thailand bagi membantu golongan miskin, muncul di saat Juan memerlukannya.

Bhin telah memberikan wang kepada Juan untuk rawatan namun percaya wanita itu akan memerlukan wang tambahan untuk rawatan susulan.

Justeru Bhin telah melancarkan kempen membantu wanita berkenaan.

The post Nasib Isteri Ditinggalkan Suami Kerana Penyakit Dibela appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.