Ini adalah satu-satunya entry yang aku mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya.
Aku
merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita
minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya,
siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah
lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti
beliau.
Aku sendiri tidak terkecuali.
Aku
rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah
mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama
Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma
mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir
dengan penceraian
Dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya
Di
mana Kay sekarang? Itulah yang sering menjadi tanya aku dan ribuan
peminat Sudirman kerana wanita itu dikatakan terus menghilang dan tidak
muncul-muncul lagi selepas terjadinya peristiwa penceraian tersebut
Tidak lama dulu, aku terbaca satu artikel mengenai kisah seorang bekas eksekutif Petronas di dalam Sunday Times yang menulis mengenai sebuah buku masakan.
Di sini, admin kongsikan tiga keping gambar lama yang memaparkan wajah sebenar bekas isteri allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Hati aku tiba-tiba berdegup! mungkinkah dia Kay yang dimaksudkan oleh arwah Sudirman itu???
Aku tak puas hati, dari situ aku cuba menyelongkar Google dan Yahoo Search tentang wanita ini.
Penulis ini rupanya menepati betul ciri-ciri yang digambarkan oleh arwah, dia sangat cantik walau kini usianya telah melewati usia 50-an, ejaan namanya sama, dan dia turut menuntut di Universiti Malaya pada waktu yang sama dengan tempoh arwah Sudirman belajar di sana.
Aku
sangat kagum dengan kejayaan Puan Kay sekarang…nampaknya bekas suami
isteri ini sangat berjaya dalam bidang mereka masing-masing.
Tak mengapalah, semua dah jadi sejarah, Puan Kay pun sudah mempunyai keluarga sendiri dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Persoalannya, adakah Puan Kay benar-benar Kay yang Sudirman maksudkan itu? wallahualam.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :