RootOfSience

JANGAN MAIN HUJAN …. NANTI DEMAM !!! BETUL KE?

Musim hujan tiba lagi. Pasti kita teringat kata orang-orang tua :

Jangan main hujan , nanti demam !!!

Benarkah terkena air hujan akan menyebabkan kita demam? Semestinya wujud hubungkait antara cuaca sejuk dengan demam, tetapi bukan secara langsung. Seseorang itu perlu dijangkiti kuman terlebih dahulu untuk menunjukkan gejala sesuatu penyakit.

Demam adalah keadaan peningkatan suhu badan daripada suhu normal 36 – 37oC. Peningkatan suhu badan adalah salah satu daripada cara sistem pertahanan badan menentang jangkitan kuman. Walaubagaimanapun, dalam keadaan tertentu seperti kuman yang terlalu kuat (virulent), suhu badan akan naik terlalu tinggi dan boleh menyebabkan komplikasi.

Apakah yang menyebabkan kita demam setelah terkena hujan?

Apabila badan terkena hujan, suhu badan akan menurun sedikit. Jika keadan pakaian seseorang itu basah lencun dan terdedah dalam tempoh yang lama di bawah hujan lebat, suhu badan akan turun lebih rendah hingga boleh menyebabkan hipotermia.

Hipotermia akan menyebabkan gangguan kepada fungsi tubuh, termasuk terhadap sistem pertahanan badan. Kuman-kuman yang sudah sedia ada di dalam badan akan meneruskan serangan terhadap sistem pertahanan badan dan seterusnya mengakibatkan peningkatan suhu badan (demam).

Selain itu, semasa suhu badan menurun, salur darah akan mengecut untuk mengelakkan kehilangan haba daripada badan dan memastikan suhu badan kembali ke tahap normal. Pengecutan salur darah di bahagian hidung dan saluran pernafasan akan menyebabkan hidung tidak dapat menapis kuman dengan efisyen. Lendir di dalam salur pernafasan juga tidak dapat mengalir dengan lancar dan menganggu proses penyingkiran kuman dari sistem pernafasan.

Inilah yang sebenarnya menyumbang kepada demam.
Hujan adalah rahmat, bukan penyebab penyakit .

Admin : Nigella sativa
Credit gambar : Google image


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.