Sensasi

Bayi 16 bulan maut terjerut tali puting susu

Gambar hiasan | Google Images
ALOR SETAR, KEDAH - Seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut terjerut tali puting susu di kediamannya di Taman Sera, Padang Sera, Kodiang, semalam, lapor Sinar Harian. 

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Lai Zheng Xiang yang tidur dalam buaian elektrik di bilik utama rumah itu dipercaya cuba turun sebelum lehernya terjerut pada tali puting susu yang diperbuat dari tali nilon. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, mangsa ditemui oleh ibunya, Narumon Patsupah, 33, warganegara Thailand, dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam buaian elektrik yang masih bergerak. 

"Ketika ditemui, mangsa didapati dalam keadaan terbaring dan kebiruan dengan tali puting susu menjerut leher mangsa. 

"Semasa kejadian itu berlaku, difahamkan ibu mangsa keluar untuk mengambil salah seorang anaknya yang berusia 6 tahun dari sekolah. Manakala bapa mangsa, Lai Chin Fong, 39, berada di bengkel. 

"Ibu mangsa dipercayai telah keluar lebih 45 minit sebelum menemui mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia selama 20 minit ketika dibawa ke Klinik kesihatan Kodiang," katanya 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas. 

Menurut Narumon, dia hanya perasan leher anaknya terjerut tidak lama selepas pulang dari mengambil anaknya yang lain dari sekolah. Paling menyedihkan, dia tidak berada di tempat kejadian ketika kejadian itu berlaku sehingga menyebabkan anaknya bongsu dari empat beradik itu maut. 

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.