Akibat Menduakan Suami , Wanita Ini Menyesal Seumur Hidup hidupnya. Memang benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali topic ialah kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah disebabkan perbuatan menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.
Ini
kisah sedih hidup saya. Kesilapan yang terjadi adalah atas kesalahan
sendiri. Saya berusia 26 tahun dan sudah bergelar ibu tunggal. Saya
pernah berkahwin pada usia 19 tahun di sempadan Thai kerana keluarga
tidak merestui cinta kami.
Suami hanya orang biasa, tiada pekerjaan tetap. Selepas berkahwin, kami
hidup merantau dan hidup bahagia tetapi apabila ayah sakit, kami
terpanggil untuk pulang ke kampung malah suami yang begitu beria-ia
mengajak saya pulang.
Di
kampung, kami menumpang rumah keluarga. Walau tidak kaya dan hidup
senang tapi hati kami bahagia. Sehingga pernah terlintas di hati saya,
biarlah saya pergi dulu berbanding suami yang baik hatinya.
Agungnya
cinta saya padanya namun kerana kami kahwin tanpa restu keluarga,
semuanya berjalan tidak lancar. Suami ditohmah malah keluarga sendiri
yang menjaja kisah kami. Luluh hati saya mendengarnya, tiada sokongan,
dihina kerana susah, tiada keluarga, sebatang kara, tiada harta, tidak
tahu asal usul.
Namun
saya masih pertahankannya walau pun kadang-kala bosan untuk
mempertahankannya. Keluarga kata, saya dibomohkan suami. Malah mereka
beranggapan saya boleh dapat lelaki lebih kaya, lebih baik dari
sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga
selebihnya buruk dan jahatnya dijaja.
Dua
tahun lalu, saya menyambung pengajian untuk mengubah masa depan.
Bersama linangan air mata, saya tinggalkan suami kerana tidak pernah
berpisah dengannya. Semasa belajar, dialah yang bersusah payah mencari
wang perbelanjaan saya.
Saya
cukup terharu dengan suami tapi bila pulang bercuti, ada saja berita
yang kurang enak, suami ada perempuan, suami suka berjalan, suami tidak
balik waktu Maghrib, tak beri belanja dapur, suami baik depan saya
sahaja dan bermacam cerita. Tetapi saya masih tetap kuat. Saya tahu
keluarga memang mahu meruntuhkan cinta kami. Mereka masih dengan
kepercayaan kolot, suami bomohkan saya. Entahlah, saya pun tak faham.
Orang
kampung juga sangat suka menghasut. Pendek kata, hubungan kami tidak
disenangi semua orang. Suatu malam, saya diuji Allah. Ketika dalam
perjalanan pulang bekerja, saya disapa seorang lelaki yang agak berumur,
pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan. Kami saling bertukar nombor
telefon.
Kali
pertama jumpa, saya nampak dia matang, baik dan beriman. Kami
berhubungan bila berjauhan dari suami. Kami keluar bersama-sama dan saya
mula melupakan suami. Saya benar-benar bahagia dengannya.
Habis
pengajian, saya jadi sasau, rindu dendam kepadanya dan kami selalu
bermesej. Dia begitu mengambil berat soal tentang saya hingga saya
melupakan suami malah terfikir untuk berpisah dengannya.
Suatu
hari kami membuat temu janji. Pada suami, saya katakan ada hal kolej
tetapi kami tidur di hotel. Hinggalah kami terlanjur. Suami tiba-tiba
menelefon dan menguji saya sambil berkata, akan jatuh talak satu jika
saya curang kepadanya.
Sekali
lagi dengan linangan air mata, saya mengakui hal ini dan saya meminta
maaf dari suami. Kami rujuk kembali namun kekasih masih terus menggoda
hingga tidak mampu menahannya. Ketika itu, saya benci akan suami dan
mahu berpisah dengannya.
Kekasih
berjanji bermacam-macam. Hilang kasih agung pada suami. Saya ceritakan
pada keluarga dan mereka menyokong saya memilih kekasih baru dan
melupakan suami. Suatu hari, suami tinggal kan saya, saat itu saya mula
insaf tetapi saya masih merujuk masalah pada kekasih.
Keluarga
pula masih buruk-burukkan suami, saat itu saya jadi benci, sakit hati
dan terus hubunginya meminta cerai. Saya paksa dia lafazkan cerai.
Tercabar, suami lepaskan talak dua dan bila mendengar kata-katanya, saya
terus meraung.
Saya
jalani perasaan ini dengan penyesalan. Saya mahu rujuk ke mahkamah
tetapi perkahwinan kami tidak didaftarkan di Malaysia. Kami sudah
merujuk mana-mana pihak dan semuanya mengatakan talak kami sudah tiga
dan tidak boleh rujuk lagi.
Hati
masih sayang dan kami sama-sama gila talak. Saya sepi hidup tanpanya
dan kekasih saya masih beri harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, saya
teruskan hubungan dengan kekasih.
Namun
bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan darinya, dia
mengelak dengan berbagai alasan. Bila bersama keluarga, kekasih bagaikan
malaikat tetapi bila kami bersama, dia bagaikan syaitan.
Kini
baru saya sedar, dia bukan lelaki yang baik. Orang yang saya jangka
akan dapat bahagiakan rupanya hanya mahukan tubuh saja. Kini dia sudah
lama menghilang. Rumah tangga saya diruntuhkan dan kini dia berdiam
diri.
Ketika
ini saya menjalani kehidupan dengan seribu penyesalan, tidak terampun
dosa pada suami dan sering merinduinya tetapi kami tidak boleh rujuk
lagi. Kini saya benar-benar menyesal.
Semoga kisah akibat menduakan suami
yang dialami oleh wanita ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua
semoga lebih menghargai apa yang sudah kita miliki dan jagalah dengan
seikhlas hati.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :