Sensasi

Budak 3 Tahun Lebam Di Mata & Darah Beku Dalam Telinga Akibat Dipukul Bapa


JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun cedera di bahagian muka akibat dipukul oleh bapanya sehingga menyebabkan mangsa trauma. 

Hannah Azzara, ibu kepada Qasha Ashaari Ibrahim mendakwa, anaknya telah didera semasa dijaga oleh bekas suaminya. 

"Pada pertengahan Oktober, bekas suami telah mengambil anak lelaki kami yang berusia 3 tahun 7 bulan untuk dijaga. 

"Namun pada 28 Oktober, ketika anak dihantar semula kepada saya, saya mendapati ada kesan lebam di kening dan mata kanan, luka di batang hidung, kesan merah di kepala sebelah kiri dan telinga kiri. 

"Saya bertanya kepada anak saya, dia memberitahu bahawa ayahnya sendiri telah memukulnya semasa dalam jagaan," katanya. 

Tidak puas hati dengan kejadian yang menimpa anak kecil itu, beliau terus membuat laporan polis di Balai Polis Johor Bahru Sentral pada 28 Oktober lalu dan berharap agar polis mengambil tindakan bekas suaminya kerana telah memukul anaknya. Malah, Hannah juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu. 

"Seminggu dia dipukul oleh bapanya sendiri. Saya dah buat laporan polis. Anak saya dah masuk hospital selama lima hari dan ada darah beku dalam telinga kiri," katanya. 

Hannah bagaimanapun masih menunggu tindakan dari pihak polis yang sehingga kini dakwanya masih belum memberi sebarang respon menyebabkan dia terpaksa memuat naik kejadian yang menimpa anaknya itu di media sosial.

"Sebenarnya saya pun tak nak kecoh tentang ini tetapi memandangkan kawan saya dan saudara menasihatkan untuk buat, jadi saya pun terpaksa. Menurut mereka, bila dah viral barulah pihak berkuasa akan nampak." katanya. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.