Hari
ini hujan lebat sejak awal pagi dan sejuknya mencucuk sehingga ke
tulang hitam. Saya mula terdetik, mungkin inilah sebabnya ramai orang
bernikah/berkahwin pada bulan September. Buktinya, di newsfeed Facebook
saya, ramai benar sahabat yang meraikan ulangtahun perkahwinan mereka
pada bulan ini. Saya juga tidak terkecuali.
Mengenai
kahwin bulan September, sebenarnya saya sudah menerima tiga undangan
perkahwinan bagi tarikh 17 September 2016. Sementelah ia adalah hari
Sabtu dan cuti sekolah pula. Ia juga masa yang sesuai untuk berkahwin
dan membuat persiapan, memandangkan hari Sabtunya, 16 September 2016
merupakan hari cuti umum, Hari Malaysia. Di awal minggunya pula adalah
hari raya korban. Bakal pengantin boleh bercuti panjang mempersiapkan
majlis dan diri. Inilah masa terbaik juga bagi keluarga dan sahabat
untuk meraikan mempelai di hari bahagia mereka.
Bercerita
mengenai sahabat yang meraikan perkahwinan sahabat atau anak-anak
sahabat, saya ada satu cerita. Ia berlaku pada tahun lepas di mana
ketika itu saya menemui sahabat saya itu setelah dia berjanji untuk
memberikan sampul duit raya yang diterimanya semasa 'salam kaut' untuk
simpanan saya. Iyalah, saya kan pengumpul sampul duit raya. Dapat sampul
terpakai pun tak mengapa jika hati sudah suka dengan hobi ini.
"Man,
ini semua sampul yang aku dapat semasa majlis kahwin anak perempuan aku
tu. Ada yang cantik dan ada yang sudah renyuk berlipat. Kau pilihlah
sendiri ye," katanya setelah kami memesan minuman di restoran mamak pada
malam itu.
Saya
menerimanya dan mengucapkan terima kasih. Sebagai orang yang beradab,
saya tidak terus membeleknya biarpun hati saya begitu gelojoh untuk
melihat sampul-sampul itu. Saya sekadar meletakkannya di sisi saya
dengan hormat. Saya mula berbual kosong mengenai kelancaran majlis
kahwin anaknya itu.
"Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Harga lauk dan katering dapat balik tetapi tak ada untung sangatlah.
"Cuma
aku sedih bila malam tu, buka sampul yang mereka bagi tu, ada juga yang
letak tisu kosong. Tak kisahlah! Cuma aku sedih bila ada kawan yang
sudah 20-30 tahun berkawan tetapi beri RM10 sahaja. Itu ke nilai kawan?"
katanya meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.
Saya membiarkannya terus meluahkan rasa dan akhirnya saya mula bersuara.
"Bang, kalau saya, saya sepatutnya tidak menerima duit itu biar berapa pun nilainya,"
Dia tersentak.
"Kita
buat majlis kahwin anak untuk beritahu orang yang anak kita sudah
berumah tangga. Kita mahu ia diraikan dan dikenali oleh sanak saudara
dan rakan tauladan dan sanak saudara. Pada saya perlu bagi duit salam
kaut itu sebagai tanda hormat. Orang-orang tua kita dulubiasa amalkan.
Cuma pada masa itu, mereka beri kain sarung, kain batik atau beri beras
untuk pengantin memulakan hidup sendiri. "Bagi sahabat, pada saya datang
tunjuk muka sudah memadai. Kalau dapat kawan yang dapat datang bantu
semasa kenduri lagi bagus,
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :