Saya jarang kongsi hal mengenai anak-anak, cuma hari ini terasa nak kongsi mengenai Harraz, yang tidak lama lagi berusia lima tahun.
Harraz, anak soleh yang sensitif dan manja. Ketidakstabilan emosi dia ada pasang surut tetapi ada perkembangan dalam masa yang sama. Awal tahun ini, guru di tadikanya ada maklumkan bahawa Harraz kurang fokus semasa guru mengajar dan agak perlahan kalau bab-bab menyiapkan tugasan yang diberi.
Kami suami isteri memang maklum mengenai perkara tersebut, tetapi lebih suka Harraz terokai apa yang dia suka daripada memaksanya. Jadi, guru sarankan Harraz buat latihan di rumah atau jika perlu, nak diberi 'homework'.
Kami tidak setuju sebab bagi kami, di rumah adalah waktu Harraz meluangkan masa dengan kami. Bukannya menyiapkan homework. Jadi, saya menolak saranan guru berkenaan dengan senyuman.
Balik ke rumah, saya berbincang dangan suami dan meminta pendapat #soulsister atau #jemahsister. Memandangkan kami alumni Nury, jadi kami cuba untuk gunakan kaedah stimulasi fizikal Nury bagi membantu Harraz. Kutip-kutip input dari #jemahsister, betul-betul selepas raya puasa, kami jalankan beberapa stimulasi fizikal.
Antaranya:
- Bergayut
- Memanjat
- Berlari jarak jauh
- Outdoor activity
- Earthing/grounding
Kesemuanya dilakukan sebanyak yang mungkin secara konsisten. Memang terbukti aktiviti fizikal secara konsisten dapat membantu meransang otak anak-anak seperti apa yang kami pelajari di Nury.
Banyak kajian saintifik telah membuktikan, tetapi tak dapat nak jelaskan sebab terlalu panjang berjela. Kak Qider Firdaus dan Nurhasanah rajin menulis bab ini. Jadi, bolehlah rujuk mereka jika ingin tahu lebih lanjut.
Bergayut, kami beli pull-up bar dan pasang di laluan Harraz ke bilik. Jadi, setiap hari dan masa dia bergayut. Di playground, dia brachiation bar. Memanjat, dulu Harraz gayat. Jadi kami belikan set wall climbing mini dan pasang di dinding supaya dia boleh panjang selalu. Berlari, kami memang berjogging sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Selalunya seminggu sekali.
Semenjak Doktor Azura Alfian menyarankan berlari jarak jauh, kami pujuk Harraz untuk berlari sekurang-kurangnya satu kilometer setiap sesi.
Berlari tanpa henti. So far, rekod paling jauh, 1.3km | Foto - Nurul Shida Saari |
Hiking | Foto - Nurul Shida Saari |
Trekking | Foto - Nurul Shida Saari |
Dah tak gayat, alhamdulillah | Foto - Nurul Shida Saari |
Earthing/grounding favourite Sidqis | Foto - Nurul Shida Saari |
Mandi hujan | Foto - Nurul Shida Saari |
Namun baru-baru ini semasa perjumpaan dengan guru Harraz, dengan tidak disangka-sangka guru maklumkan yang Harraz tiba-tiba progress dengan laju dalam beberapa bab dan paling penting, dia sudah tiada masalah untuk fokus di dalam kelas dan emosinya lebih stabil. Harraz dah tak marah-marah dan mengamuk seperti dulu lagi. Alhamdulillah.
Guru dia pun pelik, dalam dua tiga bulan ini Harraz sudah banyak berubah. Padahal dia banyak ponteng sekolah (mama memang jenis suka pontengkan Harraz kalau emosi dia tidak stabil). Dalam progress report pertengahan tahun dan akhir tahun pun cacatan gurunya berbeza.
Jadi, selepas mendapat penilaian dari pihak luar, barulah kami betul-betul yakin apa yang kami usahakan dua tiga bulan kebelakangan ini sudah menunjukkan hasilnya. Alhamdulillah. Apa pun, itu semua juga berkat doa pada Dia yang utama. Usaha kami hanya asbab sahaja.
Tidak lupa juga, sudah hampir tiga bulan tiada siaran televisyen di rumah. Sepanjang itu, Harraz tidak lagi menonton televisyen. Mungkin itu juga faktor penyumbang.
Pemakanan, memang dijaga sejak kecil. Walaupun bukan 100% homemade, inshaAllah 80% adalah real food.
Baiklah, itu saja yang ingin dikongsikan. Jadi kepada ibu bapa yang ada anak mengalami masalah fokus atau ketidakstabilan emosi atau apa-apa isu yang berkaitan mental dan emosi, boleh cuba pyhsical stimulation. InshaAllah berhasil dengan syarat doa, doa, doa dan konsisten. - Nurul Shida Saari | The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :