Sebelum kakak habis belajar, keluarga aku kembali stabil. Dapat beli kereta baru, tetapi tak lama. Dua bulan sebelum kakak habis belajar, ayah berhenti kerja lagi. Bila kakak habis belajar, dia tekad mencari kerja di seberang walaupun banyak lecturer dia yang cari untuk bagi geran master. Kakak menolak. Aku pernah ternampak kakak sugul dalam bilik seorang diri.
Syukur alhamdulillah tidak lama selepas itu, kakak dapat kerja dan mampu menanggung kami sekeluarga. Kami beli rumah baru dan berpindah. Sejak dari itu, kakaklah yang menanggung segala perbelanjaan keluarga. Dari bayar kereta, rumah, belanja sekolah, senang cerita gaji ayah dapat disimpan untuk ayah dan ibu saja. Kakak tanggung abang juga bila dia berhenti kerja dan tiada duit.
"Siapa lagi nak jaga keluarga kita kalau bukan kita sendiri?" kata kakak.
Satu hari bila aku pulang dari sekolah, aku tengok semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupa-rupanya kakak dimarahi oleh abang ngah sebaik saja pulang dari kerja, malam tadi. Abang ngah tuduh kakak selalu balik lambat sebab pergi buat maksiat dan kawan-kawan dia juga nampak kakak berbuat demikian.
Ayah dan ibu diam seribu bahasa. Malam itu kakak dipukul dengan teruk. Kakak cuba mempertahankan diri. Kakak cakap dia kerja di Singapura naik kenderaan awam. Jammed, penat lagi. Mana ada masa nak melepak-lepak semua? Jam 6 pagi lagi dah keluar, malam jam 8 lebih baru sampai rumah dan begitulah rutin hariannya.
Aku mengakui apa yang dikatakan oleh kakak itu memang betul sebab aku kenal kakak aku yang jenis hanya akan keluar berjumpa dengan kawan bila hari cuti sahaja.
Tetapi, alasan kakak itu tidak diendahkan menyebabkan dia semakin teruk dipukul, disepak dan ditumbuk. Tiada seorang pun yang mempertahankan kakak.
Esoknya aku bangun solat, aku tengok muka kakak, bengkak-bengkak. Tangan kakak berbalut sebelah.
"Takpe, hari ini kakak pergi. Satu hari nanti kebenaran akan datang juga," katanya sambil bersiap.
Kakak tinggalkan rumah yang dibeli atas namanya sendiri. Kakak bawa kereta ke mana pun aku tak tahu. Kebetulan pula kakak baru gaji, dia tinggalkan jumlah yang secukupnya untuk kami. Seminggu kemudian, ada orang datang menghantar kereta ke rumah. Kata mereka, kakak yang suruh.
Betul kata kakak, tidak lama selepas itu, abang ngah mengaku dia marah dan pukul kakak tempoh hari sebab kereta, rumah semua itu di atas nama kakak. Dia sengaja buat cerita untuk buang kakak dari keluarga. Aku tengok, ibu dan ayah benar-benar menyesal dan cuba mencari kakak tetapi kami hanya menemui jalan buntu.
Setiap bulan, kakak akan memasukkan duit dalam akaun bank ibu. Kalau raya, banyak juga kakak berikan. Memang kami hidup mewah, semua di atas hasil titik peluh kakak yang kami tak tahu di mana.
Bila aku masuk IPTA, aku dapat sebuah kereta Toyota Hilux. Terkejut bukan main! Orang yang hantar itu kata kakak aku yang belikan dan kakak pesan belajar rajin-rajin. Sekarang dah nak masuk tahun 3, kami masih tidak dapat menghubungi kakak. Apa yang aku tahu, kakak sekarang berada di Jerman. Itu pun sebab kakak ada hantar barang masa aku di hostel.
Aku cuma berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak habis belajar, kakak masih menyepi. Aku respect kakak aku sebab dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kami. Tidak dpernah orang datang minta hutang, tidak pernah kami kurang makan pakai. Siap boleh hantar ibu dan ayah ke Mekah.
Tetapi, semua duit kakak bank in dan semua urusan melalui orang tengah. Apa yang kami tahu, semuanya sudah tersedia di depan mata.
Tanbahnya kakak hidup sebatang kara. Khilafnya kami kerana tidak nampak pengorbanan seorang kakak. Aku harap confession ini dapat diviralkan agar kakak dapat baca. Kami semua rindukan kakak.
Abang Ngah pun dah ada dua anak. Tanpa kakak di sisi, aku rasa kosong sebab kakaklah yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan dan menyulam sabar di saat kami susah dahulu. - Laila | PIXEL MEDIA
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :