Kesihatan

Tabiat Hisap Puting Kosong? – Doktor Ini Kongsi 5 Tips Mudah Henti Penggunaan Elak Infeksi & Gigi Jongang

penggunaan puting kosong header
Penggunaan puting kosong menjadi pilihan ibubapa untuk menenangkan bayi yang sedang menangis dan memudahkan bayi untuk tidur. Namun, penggunaan puting kosong ini pada tempoh berpanjangan akan membawa keburukan kepada bayi.
Jom baca perkongsian dan penjelasan lanjut doktor ini mengenai penggunaan puting kosong kepada bayi dan cara-cara mudah nak hentikan penggunaannya. Tak mahu lah anak bergigi jongang nanti, betul tak?

Puting kosong digunakan sebagai alat penenang dan membantu bayi mudah tidur

ILMU KESIHATAN. Artikel 372.
“TAU TAK ANDA, BAIK BURUK PUTING KOSONG UNTUK BAYI/KANAK-KANAK ANDA. APA PENDAPAT ANDA??”
Doc & anda pernah menghisap puting kosong masa kita baby dulu. Kali ni bayi kita pula menghisap puting kosong. Ianya digunakan untk menenangkan bayi & kanak2 yg suka menangis atau permudahkan mereka tidur.
A. Apakah itu puting kosong?
Ialah alat penenang diperbuat dari silikon, latex/getah. Ia ada pengadang mulut & pemegang yg diperbuat dari plastik atau silikon. Puting lateks lebih lembut & fleksibel dari silikon, tapi tak tahan lama & boleh disterilkan. Doc nak bagi tau yg pengadang mulut puting tu untuk mencegah bayi dari tercekik atau terelan puting itu…hihihi. Puting ortodontik dibentuk untuk bayi menghisap sama cara seperti menyusu badan ibu. Dua per tiga ibu guna puting kosong semasa bayi mereka berusia 2 atau 3 bulan.
B. Faedah puting kosong
1. Boleh menenangkan bayi atau bantu bayi mudah tidur.
2. Kurangkan sakit bila baby menangis sebab kembung perut.
3. Bantu bayi pramatang mempermudah kuasa hisapan sebelum minum susu. Mereka mudah beralih dengan lebih senang dari makan melalui tiub kepada penyusuan botol lebih efektif.

Keburukan akan berlaku infeksi telinga dan masalah gigi jongang

C. Keburukan penggunaan puting kosong
1. Infeksi telinga tengah meningkat kerana menghisap puting kosong menambah infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachi ke telinga tengah bayi.
2. Kaitan dengan infeksi puting kosong ke perut seperti muntah-muntah, demam, cirit-birit & sakit perut.
3. Kalau le anak anda guna puting kosong secara jangka panjang, doc pasti masalah gigi akan terbentuk…..hihihi dia akan bergigi jongang le!! Bila dah tumbuh gigi kekal, gigi kanak-kanak tu lagi jongang kalau masih hisap puting kosong.
3. Lagi satu doc nak bagi tau penggunaan puting kosong tak membolehkan bayi membebel atau bertatih berceloteh. Maka kelak ia kurang kemahiran bahasa.
4. Kalau anda biar bayi tu gonggong puting kosong secara harian akan mengganggu penyusuan badan. Maka lebih cenderung mencerai ibu-ibu yg menyusu badan. Ramai ibu rasa dirinya kekurangan susu kerana bayi menghisap puting kosong lebih dari puting tetek. Maka kurang meransangkan payudara untuk keluarkan prolaktin, yg menyebabkan penurunan bekalan susu ibu.
Doc nasihatkan ibu-ibu supaya menyusu badan secara eksklusif untuk ENAM bulan pertama sebab faedah penyusuan badan amat baik untuk tumbuhan tubuh dan akan baby anda. Ada ibu yg beri puting kosong sejak umur 1 bulan….tapi tak digalakkan.

Jangan biarkan jadi tabiat, nanti susah dileraikan

D. Kalau anda nak juga guna puting kosong untuk bayi anda doc nasihatkan:
1. Gunalah puting ortodontik;
2. Pastikan ia bersih – sterilkan seperti puting botol.
3. Periksa jika ada retak, pecah atau lubang, yg boleh menakung kuman. Elok gantikan dengan puting baru.
4. Jangan salut puting kosong dengan makanan manis seperti madu atau jus oren akan menyebabkan kerosakan gigi yg cepat.
5. Cuba hadkan puting kosong untuk menenangkan bukan gonggong sentiasa.
6. Guna puting kosong bila anda rasa amat perlu je. Kalau berpanjangan akibat infeksi telinga & perut.
7. Cuba “ceraikan” anak anda daripada putingnya sebelum usia 1 tahun atau paling teruk sebelum gigi kekal keluar pada usia 6tahun
8. Jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat… Susah di”lerai” nanti tau!!

5 cara mudah nak leraikan puting kosong

E. Kalau nak “lerai” puting kosong.. Mai le cuba idea-idea doc ni. hihihi
1. Dengan perlahan kurangkan masa anak menggunakan puting.
2. Hadkan penggunaan puting kosong masa tidur atau menenangnya je.
3. Beri ganjaran yg best kalau dia stop puting kosong, jangan berikan gula2 ye.
4. Tunjukkan kepadanya budak-budak yg lebih tua yg tak gunakan puting – kanak-kanak prasekolah suka dianggap dirinya lebih tua.
5. Tau tak dulu datuk doc buh akar seruntun, garam atau cabai di puting kosong. Lama-lama kanak2 tu tinggalkan puting tu. hihihi
Anda buat camana stop anak anak berputing kosong?
Mai kita share komen & idea bersama. TQ.
Ada soalan, silakan. Insyallah lapang doc jawabkan.
Daripada Dr Abdul Rahim
sumber: DrRich DrRahim



SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.