Sensasi

Buntat Sedia Terima Pelbagai Watak Lakonan

Muhammad Ariff Abdullah, 13, yang melakonkan watak Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku memberitahu dirinya mula berminat untuk terus berada dalam industri seni sebagai seorang pelakon.

Menurut Ariff, dia semakin berminat dalam bidang lakonan dan sedia menerima apa-apa watak yang diberikan kepadanya.

“Watak apa pun saya boleh. Tak kisah lah watak budak jahat atau pun budak yang kena buli. Dua-dua pun OK,” katanya kepada mStar Online.

Walaupun dirinya merupakan seorang remaja yang menghidap disleksia, sejenis maslaah gangguan pembelajaran, Ariff berjaya membawa watak Buntat dengan baik sehingga menjadi fenomena pada awal tahun ini.

Ariff juga bakal muncul dalam filem sulung lakonannya, Jibam yang akan ditayangkan pada awal September depan.

“Sebenarnya kali pertama saya berlakon adalah dalam filem Jibam, selepas itu baru drama 7 Hari Mencintaiku.

“Pada awalnya susah juga nak berlakon, lebih-lebih lagi dalam filem Jibam kerana saya dipukul dan didera,” tambahnya.

Katanya lagi, bakat lakonannya diasah oleh seorang tenaga pengajar daripada Akademi Seni Negara dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Saya seronok berlakon sebab ada cikgu yang ajar. Dia ada bersama saya ketika pengambaran filem Jibam,” katanya lagi.

Bercerita mengenai kehidupannya selepas dikenali ramai menerusi watak Buntat, Ariff berkata dia menjalani rutin harian seperti biasa seperti sebelum bergelar pelakon dan tidak kisah jika ada yang memanggilnya dengan nama Buntat.

The post Buntat Sedia Terima Pelbagai Watak Lakonan appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.