Sensasi

Perokok Tidak Layak Terima Zakat

Umat Islam dilarang memberi wang zakat atau derma kepada orang miskin yang merokok.

Perokok tidak layak untuk menerima wang zakat, kata Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Kata beliau lagi, perokok sebenarnya golongan kaya yang membazir untuk perkara yang sia-sia.

“Hanya orang yang berlebihan wang sehingga tidak tahu mahu lakukan apa lagi sahaja yang boleh lakukan hal itu.

“Apakah wajar beri bantuan zakat kepada orang yang membazirkan wang dengan membakar dan merosakkan diri serta orang lain,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Justeru, Mohd. Asri berkata, golongan perokok tidak boleh termasuk dalam kalangan asnaf fakir ataupun miskin.

“Jika ada yang bertanya saya, wajarkah beliau beri zakat atau derma kepada orang yang mengaku miskin tapi merokok? Saya menjawab tidak,” tegasnya.

The post Perokok Tidak Layak Terima Zakat appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.