Berita

Budak 5 Tahun Jumpa Kamera Rahsia Dalam Tandas Starbucks!


 SEORANG budak lelaki berusia lima tahun menjumpai sebuah kamera tersembunyi dalam tandas di sebuah outlet Starbucks di Lancaster, California, Amerika Syarikat.
Kanak-kanak itu menjumpai telefon bimbit yang diaktifkan aplikasi kamera dan video bertujuan untuk mengintai pengunjung rangkaian coffee shop popular tersebut.
starbucks
Kanak-kanak itu terperasan tentang telefon bimbit tersebut ketika sedang menemani ibunya yang membuang air kecil di tandas.
“Saya perasan anak saya memandang pada bahagian bawah sinki dan saya tanya dia kenapa, dia beritahu ada telefon bimbit di bawah sinki dalam tandas yang kami gunakan.
“Perkara ini telah melanggar hak privasi individu, bukan saya sahaja sebaliknya anak saya turut jadi mangsa,” kata wanita tersebut.
Tak dapat dipastikan sudah berapa lama aktiviti terkutuk itu dijalankan dan pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada terdapat live streaming yang menunjukkan aktiviti-aktiviti pengunjung dalam wash room berkenaan.
Seorang wakil pengurusan Starbucks berkata, pihak mereka berasa sangat kesal dengan insiden tersebut dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga keselamatan pekerja serta pelanggan mereka daripada dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.
– MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR 

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.