BUTTERWORTH : Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu nya
bertembung dengan kereta seorang wanita remaja yang memandu secara
merbahaya melawan arus.
Lelaki terbabit maut ditempat kejadian mangsa dikenali dengan nama Fandi
baru 3 bulan melangsungkan perkahwinan dan mengikut sahabat nya lagi
isteri arwah yang dikenali dengan nama Noura sendang mengandung anak
sulung mereka.
Remaja terbabit menjadi kecaman Netizen gara-gara diri nya memandu
secara merbahaya dan dia hanya mengalami kecederaan ringan, gambar
beliau ditempat kejadian menjadi kecaman netizen.
Sebelum memandu melawan arus remaja wanita ini dikata kan telah terlibat
dalam kemalangan dengan beberapa kenderaan lain apakah motifnya tidak
lah pasti mungkin diriny berniat untuk bunuh diri.




Bernama melaporkan seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta
yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134,
Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi tadi.
Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran
susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati
di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.
"Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai
Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua
Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.
"Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke
sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing
beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang,"
kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik
Ros Azhan Nik Abdul Hamid.
Video 1:
Video 2:
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :