Pesanan TERAKHIR Kanak² Ini Sebelum Dia Masuk Dewan Pembedahan Buat Ibu Bapanya MENANGIS !!! | Kata-kata terakhir ini amat menyedihkan dan akan membuat sesiapa sahaja menitiskan air mata setiap kali mengenangkan kenangan bersama Xiao Yue Yue.
Beberapa minggu yang lalu , kanak-kanak berusia 6 tahun ini telah menjalankan pembedahan pembuangan tumor di dalam otaknya.
Malangnya Yue Yue telah tidak sedarkan diri dan koma dan kata-kata terakhirnya telah membuat kedua ibubapanya berasa sedih dan patah hati , begitu juga dengan hati para netizen.
Menurut Kwong Wah, gadis kecil yang malang ini , telah mengadu kepada ibu bapanya yang dia berasa pening dan muntah di rumahnya pada bulan Mei. Ibu bapanya hanya menyangka yang Yue Yue hanya mengalami demam biasa , tetapi sebaliknya simptom ini adalah disebabkan oleh tumor di dalam otaknya.
Dengan desakan untuk menyelamatkan nyawanya, ibu bapa Yue Yue telah membawanya ke Nanjing dan akhirnya ke Shanghai untuk mendapatkan rawatan. Perjalanan ke hospital dan perbelanjaan rawatan dan ubat-ubatan telah mengurangkan wang di dalam akaun bank mereka.
Dilaporkan dalam sehari, Yue Yue yang ditempatkan di dalam Unit Rawatan Rapi mengambil kos perbelanjaan antara 7,000 hingga 8,000 Yuan ( kira-kira RM4,400 hingga RM5,100). Semenjak Yue Yue ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selama 20 hari , bil perubatannya telah menelan belanja berjumlah 200,000 Yuan ( RM 127,000 ).
Bapa saudara Yue Yue telah berusaha mengumpulkan dana untuk membiayai kos perubatan Yue Yue, dan ia telah mendapat perhatian dari seluruh negara China. Dalam jangka masa beberapa hari , sebanyak 160,000 Yuan ( RM101,590) telah didermakan oleh orang ramai dan ia tidak berhenti di situ.
Pada 21 Jun 2017, Yue Yue telah menjalani pembedahan membuang tumornya , tetapi sebelum dia memasuki bilik pembedahan, Yue Yue telah berpesan kepada ibu bapanya dengan kata-kata ini,
“Jika saya meninggal dunia di dalam sana, bolehkah kamu menamakan bakal bayi kamu dengan nama saya? Saya takut kamu akan melupakan saya.”
Ibu bapanya yang sedih itu juga telah berjanji kepada Yue Yue yang mereka akan memulangkan kesemua wang yang didermakan oleh orang ramai , walau dengan apa jua keadaan sekalipun , selepas Yue Yue beransur pulih.
Malangnya , Yue Yue tidak bangkit dari pembedahan tersebut , dan kata-kata terakhir Yue Yue menjadi wasiat terakhirnya.
Dua minggu kemudian, pihak hospital membuat keputusan untuk mengeluarkan kesemua wayar dan bantuan pernafasan dari Yue Yue. Dia dibawa pulang oleh ibu bapanya ke kampung halamannya di mana Xiao Yue Yue telah meninggal dunia dua hari kemudian.
Berpegang kepada janji yang dibuat kepada Yue Yue , bapanya mula mengumpul kesemua wang yang didermakan oleh penderma dan memulangkan ia semula kepada mereka. Bapa Yue Yue mencatitkan kesemua jumlah wang yang dikumpul beserta dengan butir peribadi pendermanya.
Walaupun ramai penderma yang enggan menerima kembali wang mereka, bapa Yue Yue tetap bertegas dengan janjinya yang dibuat pada kali terakhir dengan mendiang anak perempuannya.
Pada 21 Julai 2017 , kesemua wang derma yang diterima mereka telah dipulangkan semula kepada para penderma.
Bapa Yue Yue berasa amat tersentuh apabila mendapat tahu ada di antara para netizen yang tidak percaya Yue Yue telah pergi selamanya.
Ada di antara mereka yang menyesali dengan bertanya , “Adakah kerana kami tidak menderma dengan jumlah yang mencukupi?”. Ramai netizen yang berasa sedih dan mengalirkan air mata dengan berita pemergian Yue Yue.
Pemergian Yue Yue dengan kata-kata terakhirnya sememangnya amat menyedihkan. Takziah buat keluarganya.
Harapan semoga ibu bapanya menjadi tabah dengan pemergian Yue Yue .Dan impian Yue Yue pada suatu hari nanti yang dia akan mempunyai adik baru dengan diberi namanya akan tercapai.
Kredit : Era Baru
P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!
The post Pesanan TERAKHIR Kanak² Ini Sebelum Dia Masuk Dewan Pembedahan Buat Ibu Bapanya MENANGIS !!! appeared first on SINAR HARIANI.
Sumber: sinarhariani
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :