Ketika kecil dahulu pernah juga melihat pesta menangkap ikan di sungai kecil di kampung. Ikan-ikan galak terapung menguit-nguit kepermukaan air. Ikan-ikan ini seperti tidak ketahuan dana mat mudah ditangkap.
Ayah mengatakan akar tuba telah digunakan untuk memberi mabuk ikan-ikan supaya mudah ditangkap.
AKAR TUBA
Tahukah anda apakah akar tuba tersebut?
Ia sebenarnya sejenis pokok merambat yang sama family dengan kekacang. Namanya Derris elliptica. Perkataan ‘Derris’ mungkin diambil dari perkataan Greek yang membawa maksud salutan getah. Mungkin merujuk pada kandungan salutan getah yang biasanya mengelilingi tumbuhan ini. (Bukan diambil namanya sempena Pak Deris kampung akak tu. Tiada kaitan dengan yang hidup atau telah meninggal dunia).
Seperti namanya, pokok ini kelihatan berpilin-pilin merambati struktur sekitarnya. Ia biasa didapati di kawasan hutan tropika seperti di Malaysia.
BAGAIMANA TUBA BERFUNGSI
Tuba ini banyak digunakan sebagai racun serangga dan racun ikan. Ia biasanya ditumbuk atau dikeringkan sebelum dikisar menjadi serbuk untuk digunakan sebagai pembunuh serangga perosak dalam kawasan tanaman. Namun, kerana ketoksikannya yang boleh mengganggu manusia dan haiwan ternakan, biasanya ia tidak digunakan secara meluas.
Imej dari http://ift.tt/2vEgS72
Tumbuhan ini sebenarnya mengandungi toksin yang bernama ‘rotenone’. Kompaun ini mampu menghalang proses respirasi. Rotenone mengganggu rantaian pengangkut electron (electron transport chain) pada mitokondria sel dengan merencat perpindahan elektron dari Kompleks I mitokondrian kepada ubiquinone (baca mekanisma perencatan B17 yang toksik disini).
Perencatan rantai respirasi ini menyebabkan ikan kekurangan oksigen dan tercungap-cungap kepermukaan air. Sebenarnya rotenone juga boleh meracuni manusia jika ditelan dan tidak digunakan berhati-hati.
The post Kuberi Cinta Kau Balas Tuba… appeared first on Root of Science.
Sumber: RootOfSience
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :