Penggunaan buaian/cradle/swing/rocker/bouncer adalah TIDAK DIGALAKKAN oleh American Association of Paediatrics(AAP) berdasarkan kajian yang telah dilakukan merangkumi tahun 2009-2012. Terdapat lebih daripada 300 kes kecederaan dikesan berpunca daripada penggunaan buaian dan terdapat 2 daripadanya yang berakhir dengan kematian.
Penggunaan buaian juga tidak digalakkan diatas sebab piawaian yang tidak seragam dan terdapat pelbagai jenis dalam industri yang tidak diseragamkan dengan baik. Apetah lagi yang melibatkan jenis traditional, dimana masyarakat kita gemar menggunakan kain sarong contohnya sebagai buai untuk sikecil.
Antara kes2 yang pernah berlaku:
1) Bayi jatuh daripada kain sarong tersebut
2) Si abang hayun buaian tanpa menyedari ianya sebenarnya menyentuh sampai ke lantai sampai kena kepala bayi.
3) Bayi lemas akibat tercekik mainan/bantal
4) Kain buaian terlilit kepala bayi menyebabkan tidak dapat bernafas
5) Bayi tidak berpusing sendiri dalam buai dan tidak dapat bernafas. Terutamanya bayi bawah umur 4 bulan sebab otot sternocleidomastoid mereka masih belum berkembang dengan sempurna(otot nak gerak kepala)
6) Spring buai kualiti cap ayam dan bayi terjatuh sampai mengalami pendarahan dalam otak.
7) Pelbagai jenis kecederaan kecil dan teruk(patah tangan, retak kepala, lumpuh badan) akibat terjatuh daripada buaian.
Seeloknya penggunaannya dipantau dan sekiranya anda masih mahu menggunakan buaian pastikan:
1) Kawasan bawah buaian mempunyai alas sekiranya bayi terjatuh.
2) MENGAWASI sendiri bayi dalam buaian. Tak boleh dibiarkan sendiri.
3) Menggunakan buaian yang berkualiti tinggi atau mempunyai taraf keselamatan yang standard.
4) Sekiranya pakai buai dirumah pengasuh, pastikan anak dipantau selalu. Menurut AAP, ratio seorang pengasuh untuk setiap 4 orang bayi adalah yang paling maksimum. Lebih daripada itu akan menyebabkan pemerhatian akan tidak optimal.
5) Kalau jenis anak kena ada buai untuk tidur, sejurus lepas bayi tidur boleh alihkan kepasa kawasan tidur yang rata.
6) Jangan letak mainan dan bantal dalam buaian kerana semua itu adalah choking hazard (boleh menyebabkan bayi tercekik dan lemas)
7) Pastikan bayi tidur dalam posisi supine(mengadap keatas)
8) Jangan guna buaian sebagai baby sitter sementara anda melakukan kerja lain tanpa bayi dipantau.
Admin pun dulu masa kecil nak tidur je nak kena buaian juga kalau tak memang mengamuk dan tak boleh tidur. Maka nilailah risiko penggunaannya. Better be safe than sorry.
Rujukan:
Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Health Statistics. Compressed Mortality File 1999−2010 on CDC WONDER Online Database, released January 2013. (Data are compiled from Compressed Mortality File 1999-2010 Series 20 No. 2P) (Accessed April 23, 2014)
Moon, R.Y. and American Academy of Pediatrics, Sleep-related infant deaths: expansion of recommendations for a safe infant sleeping environment. Pediatrics. 2011
Byard, R.W., Beal, S., and Bourne, A.J. Potentially dangerous sleeping environments and accidental asphyxia in infancy and early childhood. Arch Dis Child. 1994
US Consumer Product Safety Commission. A description of the Injury or Potential Injury Incident Database (IPII). US Consumer Product Safety Commission, Bethesda (MD); 1992
ASTM Standard F2088-13. Standard Consumer Safety Specification for Infant Swings. (Accessed March 26, 2015)ASTM International, West Conshohocken, PA; 2013
The post Penggunaan buaian merbahaya? appeared first on Root of Science.
Sumber: RootOfSience
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :