Zaman ini zaman gawat, kerja tak boleh memilih. Yang mana ada, harus diterima. Suami pernah bercerita tentang rakannya yang bekerja di pelantar minyak dan kerjanya itu tidak mungkin dia boleh pulang selalu. Berbulan-bulan bekerja, baru boleh pulang. Begitulah hari-hari yang harus ditempuh.
Anak-anak membesar bersama isterinya begitu sahaja. Kali pertama pulang, beliau melihat anaknya sudah boleh meniarap. Kali kedua pulang, anak sudah boleh merangkak. Kali ketiga pulang, anak sudah boleh berlari.
Ada satu peristiwa yang meruntun hatinya yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk berhenti iaitu bila dia pulang ke rumah, diketuknya pintu dan yang menyambut kepulangannya itu adalah anaknya.
Si kecil itu memandang saja ayahnya di depan mata dengan mata berkelip-kelip. Lalu dipanggil ibunya, "Mama, ada orang datang!". Dia memanggil ibunya dan dia langsung tidak mengecam lelaki yang berada di hadapannya itu sebenarnya adalah ayahnya!
Alangkah sedih dan hiba si ayah apabila si anak tidak cam padanya. Inilah harga yang harus dibayar bila bekerja berjauhan dan anak tidak bersama kita adalah tiada wujudnya bonding bersama mereka. Atau mungkin ada bonding tetapi tidak seperti kebiasaannya.
Saya juga pernah berada dalam situasi Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) atas tuntutan belajar selama hampir tiga tahun lebih. Aufa membesar dengan abinya dna juga pengasuh. Harga yang saya perlu bayar bila berjauhan dengan dia adalah bonding yang terhasil itu tidak sekuat ibu-ibu lain.
Bonding yang agak lemah bukan bermakna dia tidak suka kepada saya tetapi dia lebih rapat dengan abinya. Bila tidur, dia mahu dengan abi. Bila mandi, mahu dengan abi.
Walaupun saya pulang seminggu sekali, tetapi itu masih tidak cukup untuk membina bonding yang kuat di antara kami. Tetapi hakikatnya ibu tetap ibu. Walaupun bonding agak lemah bersama ibu, tetapi dia masih inginkan ibu walaupun bukan orang pertama yang menjadi pilihannya.
Sedih memang sedih, tetapi itulah hargay ang perlu dibayar demi segulung ijazah.
Zaman ini, ber-pjj dengan anak sudah tidak asing lagi. Ada yang tinggalkan anak dengan ibu bapa, suami atau isteri. Malah ada juga yang meninggalkan anak pada pengasuh seminggu sekali barulah ambil anak.
Kita yang tiada masalah berjauhan dengan anakm ungkin akan kata, "Eh? Sangguplah si ibu tinggalkan anaknya seminggu dengan pengasuh" atau "Eh, sangguplah suruh mak ayah jaga anak. Jagalah sendiri.".
Berkatalah mereka-mereka yang tiada masalah berjauhan dengan anak ini seolah-olah ibu yang mninggalkan anak itu tidak bagus, tidak baik.
Saya faham benar dengan situasi ibu-ibu ini. Ada yang ibu tunggal, membesarkan anak tanpa suami. Kerja pulang lewat malam, awal pagi keesokkannya pula sudah keluar. Tiada masa untuk mengambil anak. Ambil pun bila anak sudah tidur malam. Jadi, jalan terbaik bagi mereka adalah meninggalkan anak di rumah pengasuh.
Ada yang bekerja di pendalaman. Mahu bawa anak, tetapi tiada penjaga. Jadi anak terpaksa ditinggalkan bersama orang tua atau dtinggalkan bersama suami atau isteri.
Hakikatnya siapa yang mahu berjauhan dengan insan yang mereka sayang? Letakkanlah diri kita di tempat mereka dan barulah kita fahami keperitan untuk meninggalkan orang yang kita sayangi.
Semoga ibu dan ayah yang ber-pjj dengan anak dan berjauhan dengan anak dipermudahkan urusan dan ditautkan hati mereka bersama.
Sumber: Puan Farhan
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :