Sensasi

(Video) Tak Sedar Beg Dicuri Ketika Leka Memilih Makanan


PETALING JAYA - "Saya tak sangka perkara seperti ini akan berlaku pada saya," demikian kata mangsa yang kehilangan beg sandang yang mengandungi dompet serta beberapa barangan penting yang lain. 

Dalam kejadian semalam di restoran Sushi King, pusat beli belah IPC, mangsa, bersama isteri dan dua anak kecilnya langsung tidak menyedari begnya dicuri seorang lelaki yang lalu di belakang mereka. 

Jelas Kimmy, dia kebiasaannya sentiasa meletakkan beg sandangnya di depan kerana risau akan kehilangan barang-barangnya yang penting. Namun pada kejadian semalam, Kimmy terpaksa meletakkan begnya di belakang kerana keadaan kerusi yang tinggi serta anaknya yang duduk bersebelahan kelihatan tidak selesa. 

"Kami tidak menyedari beg itu dicuri sehinggalah ketika kami mahu membayar bil.

"Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran tersebut, kami nampak ada seorang lelaki yang masuk berpura-pura mencari tempat duduk dan mencuri beg saya dalam perjalanannya ke luar.

"Kejadian itu berlaku kurang dari seminit ketika kami sedang sibuk memikirkan hidangan apa yang mahu dipesan," katanya. 

Berikutan kejadian itu, anak lelakinya yang berusia 3 tahun menjadi takut apabila dimaklumkan mengenai apa yang berlaku dan ditunjukkan video kejadian itu. 

"Walau bagaimanapun, kami lega kerana lelaki itu hanya menyasarkan beg saya, bukannya anak saya," katanya. 

Ekoran kejadian itu, mangsa kehilangan wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu dan kad ATM.

Difahamkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 



Posted by Kimmy Tung on Sunday, 11 December 2016

Video CCTV yang dimuat naik oleh isteri mangsa, Kimmy Tung, kini viral di media sosial dan telah ditonton 312,000 kali. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.