Sensasi

Kenali Kanser Serviks Dengan Lebih Mendalam!!


(**)Tahukah anda apa itu kanser serviks?


(**)Kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Penyakit ini berlaku dimana sel-sel di servik membiak secara luar biasa. Ianya boleh terbahagi kepada 2 iaitu:

(**)1. Peringkat awal

(**)• Berlaku di sekitar serviks

(**)2. Peringkat lewat

(**)• Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain/ ‘malignant’ seperti paru-paru yang melalui system aliran darah.

(**)Kanser serviks merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara. Di Malaysia, perkara yang sama berlaku dan semakin meningkat, ianya telah dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk menghidap penyakit ini.

(**)Tentu anda juga sendiri ingin tahu apakah faktor berlakunya kanser serviks ini di kalangan wanita. Penyebab sebenar kanser serviks ini masih lagi tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin dapat dikaitkan dengan penyakit ini.

(**)Jika ada wanita yang mempunyai salah satu dari faktor berikut, anda adalah golongan yang berisiko tinggi:

(**)Memulakan hubungan seksual pada usia terlalu muda.
(**)Mempunyai pasangan seks yang ramai.
(**)Mengandung lebih dari 5 kali.
(**)Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti ‘HPV’ ( Human Papilloma Virus/ wart virus).
(**)Kurang penjagaan kebersihan alat sulit.
(**)Merokok ( Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya.
(**)Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu. Sumber: http://ift.tt/2a4HsuG


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.