Sensasi

Remaja Lelaki Menikahi Nenek Yang Berusia 71 Tahun, Mengugut Keluarganya Apabila Perkahwinan Mereka Tidak Direstui

Pasangan di Indonesia telah menjadi viral di media sosial dengan perbincangan pasangan yang telah mengugut untuk membunuh diri jika keluarga mereka tidak merestui perkahwinan mereka.

Selamat Riyadi, 16, dari Baturaja di Palembang, Indonesia membuat keputusan untuk mengahwini Rohaya Binti Kiagus Muhammad Jakfar, 71, cinta sejati dia. Pasangan itu telah menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin sebelum merancang untuk berkahwin satu bulan sebelum mulanya Ramadhan.

Sumber: SAYS

Tetapi keluarga mereka menentang perkahwinan mereka kerana beza usia mereka terlalu jauh (16 dan 71, perbezaan umur mereka adalah 55 tahun!), selain itu, hubungan mereka juga dianggap seperti berbeza dari apa yang normal bagi masyarakat di sana.

Walaupun tidak setuju dengan perkahwinan oleh kedua-dua belah pihak, mereka masih berkeras untuk berkahwin. Cinta dan kasih sayang mereka begitu kuat sehingga mereka memutuskan untuk mengancam keluarga mereka untuk membunuh diri jika keluarga dan masyarakatnya tidak menyokong keinginan mereka untuk memulakan keluarga.

Sumber: SAYS

Disebabkan oleh kebimbangan sesuatu yang lebih buruk mungkin berlaku, (ada mungkinnya mereka takut dengan fitnah yang mungkin akan berlaku) ahli keluarga dan orang ramai akhirnya bersetuju dengan kesatuan pasangan ini. Perkahwinan mereka berlaku pada 2 Julai, dan perayaan itu telah berjalan lancar. Malah cucu-cucu Rohaya menghadiri majlis tersebut.

Selepas akad nikah, Rohaya agak malu untuk mengambil gambar dengan suaminya,

Seorang ahli keluarga Rohaya didengar berkata,

“Dekat sikit, mak, senyum dan jangan tutup mulutmu.”

Sumber: SAYS

Menurut Kuswoyo, ketua kampung di mana mereka berdua tinggal, keduanya mengenali satu sama lain 6 bulan yang lalu selepas perceraian ibu bapa Selamat.

“Selepas perceraian, Selamat tinggal bersama keluarga angkatnya di sini, dan selama 6 bulan dia tinggal bersama Rohaya.

“Selamat juga mengalami demam malaria selama sebulan sementara tinggal di rumah Rohaya. Rohaya telah merawat Selamat sehingga beliau kembali sihat pada masa itu.”

Sumber: SAYS

Terdapat kemungkinan yang kejadian seperti itu telah meninggalkan impak besar terhadap kehidupan mereka berdua dan mendorong mereka ke arah perkahwinan. Netizens percaya bahawa perkahwinan ini bukanlah satu hubungan yang dibina untuk duit atau warisan kerana Selamat dan Rohaya berasal dari keluarga yang sederhana sahaja

Walaubagaimanapun, marilah kita berdoa supaya pasangan yang baru berkahwin ini akanberjaya dalam perjalanan yang indah untuk membina kehidupan baru bersama-sama! Semoga pada tahun-tahun akan datang dipenuhi dengan kegembiraan yang berkekalan!

(Sumber: SAYS)

 

 

 

 

See also:

The post Remaja Lelaki Menikahi Nenek Yang Berusia 71 Tahun, Mengugut Keluarganya Apabila Perkahwinan Mereka Tidak Direstui appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.