Umum

Pengantin Perempuan Kahwin Di Sisi Ayahnya Yg Sedang Nazak. Ramai MENGALIRKAN AIR MATA !!!

Pengantin Perempuan Kahwin Di Sisi Ayahnya Yg Sedang Nazak. Ramai MENGALIRKAN AIR MATA !!! | Lisa Wilson tahu bapanya tidak akan berada di majlis tari menari sempena majlis perkahwinannya kelak. Bapanya, David, sedang dirawat di hospital kerana berjuang melawan sejenis kanser yang ganjil. Justeru, berbaki 11 jam sebelum majlis perkahwinannya, Lisa bertindak untuk menangguhkan rancangan perkahwinannya selama seminggu serta berkahwin di sisi bapanya.

Mengadakan majlis perkahwinan di Pusat Perubatan UCI bukanlah majlis perkahwinan yang didambakannya sewaktu kecil dan sewaktu beliau bertunang. Tetapi, kehadiran bapanya sangat penting sehinggakan Lisa dan suaminya Robert Pantoja sanggup berkorban.

Pada penghujung bulan Ogos tahun 2014, Lisa dan Robert berkahwin di sisi bapa Lisa.

Selepas 10 hari sahaja majlis tersebut, bapanya David meninggal dunia.

Tetapi Lisa sampai ke hari ini mengingati detik manisnya berkata “I do” dengan bersaksikan bapanya dan semestinya Lisa tidak akan melupakan tarian terakhir dengan bapanya.

“Ayah, saya mahukan tarian bapa dan anak perempuan dengan ayah”, pinta Lisa. Ayah menjawab “Ayah tidak larat”. Saya pula berkata “Tidak mengapa, saya mahu menari dengan tangan ayah sahaja”.

Mereka pun menari berlatarkan lagu Whitney Houston – I Will Always Love You.

David Wilson berkata kepada menantunya “Rob, kamu beruntung. Kamu telah menang ‘loteri’. Kamu berjaya dapatkan anak kesayangan saya”. Beliau turut berkata bahawa perkahwinan Lisa di sisi katilnya merupakan hadiah terindah yang boleh diberikan oleh seorang anak perempuan kepada bapa.

Kasih sayang yang utuh antara seorang bapa dan anak perempuannya ini sungguh mengharukan sesiapa yang membacanya. Lihat sendiri video di bawah dan cuba anda tahan daripada mengalirkan air mata.

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

The post Pengantin Perempuan Kahwin Di Sisi Ayahnya Yg Sedang Nazak. Ramai MENGALIRKAN AIR MATA !!! appeared first on SINAR HARIANI.



Sumber: sinarhariani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.