Sensasi

Kamu Bukan Teman Lelaki Saya, Tetapi Saya Masih Sayangi Kamu

Kamu bukanlah teman lelaki saya, tetapi pada waktu itu kita seperti satu pasangan yang amat menyintai.

Kamu bukan teman lelaki saya, tetapi kamu masih membawa saya untuk berjumpa dengan ibu bapa kamu dan memberitahu kakak kamu tentang saya dan berkata keluarga kamu akan menerima saya sebagai “salah seorang dari mereka”.

Kamu bukan teman lelaki saya, tetapi kamu masih menghantar mesej kepada saya setiap hari dan memanggil saya setiap malam untuk memastikan kamu tahu apa yang saya lakukan dan siapa bersama denganku.

Kamu bukan teman lelaki saya, tetapi kamu masih berlakon seperti teman lelaki saya, walaupun kamu mengejek label itu dan berkata bahawa kita hanyalah kawan.

Kamu bukan teman lelaki saya, tetapi itu tidak bermakna saya tidak putus asa terhadap hubungan kita.

Hakikatnya, ianya menyakitkan hati saya apabila kamu berubah fikiran tentand saya. Ia menyakitkan apabila kamu menemui seseorang yang baru, dan ia tidak menyelamatkan persahabatan kita.

Itulah masalah dengan hubungan istimewa yang hampir–hampir terjadi – kita hanya cuba untuk berpura-pura supaya mungkin kesakitan itu kurang. Tetapi apakan daya, ianya masih menyakiti hati saya yang repuh ini.

Kamu bukan teman lelaki saya, tetapi saya masih menyayangi kamu, dan itulah sebabnya ia sangat sukar untuk membiarkan kamu pergi.

(Inspirasi: Thought Catalog)

The post Kamu Bukan Teman Lelaki Saya, Tetapi Saya Masih Sayangi Kamu appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.