Sensasi

Trak Yang Membawa Belut Meluncur Di Lebuhraya Oregon, Menjadikan Jalan Raya Seperti Senario Filem Seram

Ini sebenarnya kelihatan seperti adegan dari filem seram!

Bayangkan memandu di lebuh raya dan dalam masa yang singkat sahaga anda telah diliputi oleh lendir! Jika anda sedang makan, saya akan mencadangkan agar anda berhenti membaca kerana perkara-perkara hanya akan menjadi lebih menggelikan selepas ini.

Ianya telah dilaporkan bahawa trak yang membawa belut itu terbalik di lebuh raya Oregon lalu menyebabkan jalan itu diliputi dengan lendir. Nampaknya pemandu trak itu tidak dapat menghentikan kenderaannya apabila sedang menghampiri tapak pembinaan jalan raya di Highway 101.

Pemandu, Salvatore Tragale, dilaporkan sedang membawa 13 bekas yang dipenuhi dengan 3,402 kilogram hagfish (belut yang mengeluarkan lendir). Ianya menggelikan, bukan?

Rupa-rupanya, ketika Salvatore cuba untuk memerlahankan traknya, salah satu kontainer terbang dari truk dan masuk ke lorong selatan, melanggar satu kenderaan yang kemudian terbabas terkena empat kendaraan lain yang menyebabkan efek domino. Sementara bekas selebihnya telah ‘melepaskan’ lendir ke lebuh raya.

Mangsa-mangsa pula bernasib baik, mereka hanya mengalami kecederaan kecil dan tidak ada orang lain yang tercedara dalam kemalangan ini.

Sumber: ABC

The post Trak Yang Membawa Belut Meluncur Di Lebuhraya Oregon, Menjadikan Jalan Raya Seperti Senario Filem Seram appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.