Kisah Sultan Kelantan Tak Dapat Masuk Restoran Kerana Penuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan terkenal dengan sikap keperibadiannya yang merendah diri.
Seri Paduka Baginda juga selalunya tidak terlalu berprotokol dan ternyata memikat menyentuh hati rakyat jelata.
KISAH TAK DAPAT MAKAN DI RESTOREN
Ada satu kisah Sultan Kelantan dalam satu peristiwa kunjungan baginda ke sebuah restoran di Kota Bharu, satu ketika dahulu.
Sewaktu itu, Baginda masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan, dan telah keluar untuk menjamu selera di Restoran Four Seasons.
Apabila tibda di sana, baginda telah diberitahu restoran itu penuh sehingga tidak dapat menunaikan permintaannya menjamu selera di sana.
Tanpa banyak bicara, walaupun bertaraf VVIP, baginda pun berlalu dari situ. Malah baginda pula yang meminta maaf.
Perkara ini didedahkan oleh pemilik restoren berkenaan.
KOMEN PEMILIK RESTOREN
Pemilik restoran itu merupakan Chan Khek Jun, dan dia telah meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat melayani seorang VVIP!
Terkenang kembali peristiwa itu, Chan berkata kegagalannya menyediakan meja makan untuk baginda, menjadi kenangan yang paling dikesalkannya sejak restorannya mula beroperasi pada 1998.
Lebih mengejutkan, baginda pula yang memohon maaf kepadanya yang berasa serba salah kerana berkunjung ke restorannya ketika dipenuhi pelanggan tanpa membuat tempahan awal.
Ini komen dari Chan:
“Pada hari itu, restoran ini menerima pelanggan yang terlalu ramai sehingga bilik VVIP turut digunakan.
“Selepas mendapat tahu restoran penuh, baginda terus berlalu dan meminta maaf kepada saya kerana tidak membuat tempahan awal,”
Chan berkata baginda mengunjungi restorannya selalunya tanpa protokol, tanpa membuat tempahan awal, dan tanpa menitahkan sebarang meja khusus.
“Selalunya baginda akan datang usai solat Isyak bersama Tengku Bendahara Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kini pemangku Raja Kelantan), kerabat serta beberapa rakan baginda,”
MAKANAN KEGEMARAN
Chan menceritakan pengalamannya, baginda biasanya berpakaian jubah putih setiap kali ke restorannya, dan akan bertanya khabar serta bersalaman dengan pelanggan lain di restoran itu.
Pengusaha ini berkata lagi, di restoren itu makanan kegemaran baginda ialah pelbagai jenis ikan seperti kod, kerapu dan siakap yang dimasak stim kicap.
Hidangan lain digemari baginda ialah burung unta masak lada hitam, rusa “sizzling”, udang dimasak dengan susu segar, mantou (bun mini), penkek tiram, dan sayur bayam telur masin.
Air halia pula merupakan minuman kegemaran baginda.
Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.
Sumber: MSN
Sumber: beritamemey
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :