Sensasi

“Ramai kecam, jahat, ahli neraka…” - Sheila Mambo Tak Rasa Bersalah

“Ramai kecam, berperwatakan jahat, ahli neraka…” - Sheila Mambo Tak Rasa Bersalah



Drama bersiri Andainya Takdir telah berjaya menajdi trending dan berjaya  mencipta satu fenomena baru dalam industri drama.

Drama ini diangkat dari kisah benar tentang individu yang menghidapi penyakit Mental Othello, yang berkait rapat dengan perasaan cemburu yang melampau hingga boleh menyebabkan berlakunya keganasan.


Ternyata drama ini mendapat pujian ramai apatah lagi dengan lakonan mantap dari para pelakonnya.

Antara yang menajdi perhatian ialah watak yang dibawakan oleh Sheila Mambo, sebagai ibu kepada watak utama.

Kerana wataknya yang antagonis, ibu yang jahat dan suka menjadi batu api, ada penonton yang terkesan dan mengecam watak "Normah" lakonan Sheila Mambo.


Ini komen Sheila Mambo tentang hal ini:


WATAK TERUK DIKECAM

“Memang ramai komen dan kecam saya, tetapi cerita ini ada moral yang sangat tinggi serta punyai mesej yang bertepatan dengan keadaaan.


“Masa saya dapat skrip ini, pengarah suruh saya baca dulu, bila saya dah baca saya cakap pada pengarah ini watak jahat, ahli neraka… tetapi saya tetap terima cabaran sebagai Normah. Lagi pula ini bukanlah kali pertama saya bawa watak antagonis, malah dah beberapa kali dalam drama lain,”


TAK RISAUKAH DIBENCI PENONTON


“Risau? Saya tak risau. Sebab watak yang diberi sangat ketara 380 darjah dari cerita-cerita lain yang pernah saya lakonkan. Lagi pula zaman sekarang penonton sudah bijak,”


“Setakat ini tidak ada yang memarahi saya. Tetapi mereka memuji dan kata syabas kerana berjaya membuatkan penonton benci pada saya adalah.


“Tetapi kalau di sosial media seperti Twitter, Facebook, dan Instagram memang saya teruk dikecam oleh mereka. Tetapi saya terima dengan positif. Alhamdulillah itu bermakna watak lakonan saya berkesan dan telah berjaya meyakinkan mereka,”


Sheila Mambo juga tidak rasa bersalah melakonkan watak jahat sehingga nampak benar-benar keterlaluan kerana sebagai pelakon adalah tanggungjawab mereka untuk membawa watak itu sebaik yang mungkin, tidak kira benar mahupun tidak.

Katanya lagi, sewaktu di set pengambaran dia terpaksa keluar dari zon selesanya. Tambahnya, memang dia ada rasa dirinya sangat jahat ketika membawa watak Normah namun semua itu hanyalah lakonan semata-mata.

Katanya lagi, dia mahu drama Andainya Takdir ini dijadikan sebagai teladan dan terima sebagai ihktibar hidup buat semua para penonton.

Sumber: beritamemey


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.