Sensasi

Wanita Telan Duit Kertas RM30’000 Berang Dengan Suami

Kerana berang dengan suami, seorang wanita di Bogota, Columbia nekad menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM30,280) hanya kerana mahu menyembunyikan wang kertas tersebut daripada suaminya yang dipercayai curang.

Memetik laporan Mirror, wanita warga Colombia, Sandra Milena Almeida menelan gulungan wang kertas AS$100 (RM433) itu kerana marah selepas bertengkar dengan suaminya.

Doktor dari rantau Amerika Selatan yang melakukan pembedahan mengeluarkan wang berkenaan berkata, wanita berusia 30 tahun itu menelan kira-kira 57 keping not 100 dolar.

Wang tersebut merupakan hasil jualan beberapa perkakas elektrik di rumahnya yang akan digunakan untuk pergi bercuti bersama-sama dengan suami.

Tetapi selepas menyedari suaminya curang, Almeida mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki itu dan menelan semua wang berkenaan dalam usaha untuk menyembunyikannya.

Pengarah Unit Pembedahan Hospital Universiti Santander, Juan Paulo Serrano berkata kebanyakan wang terbabit dikeluarkan daripada perut, manakala selebihnya melalui usus besar.

Jelasnya, tindakan wanita itu menelan wang terbabit tanpa dibaluti plastik disifatkan sebagai tindakan terdesak.

The post Wanita Telan Duit Kertas RM30’000 Berang Dengan Suami appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.