Selepas melahirkan anak sulungnya, Anggerik sekitar bulan Mac lalu, Adira memberitahu bahawa berat badannya telah susut sebanyak 25 kilogram.
Penyanyi Adira yang juga isteri kedua kepada ahli perniagaan Dato Red, tidak melakukan sebarang diet atau senaman untuk mengurangkan berat badan.
Sebaliknya dia hanya menjalani tempoh berpantang seperti biasa.
“Semasa saya mengandungkan Anggerik, berat saya mencecah 74 kilogram. Kini selepas dua bulan bersalin, berat saya hanya 49 kilogram sahaja.
“Jujurnya saya memang tidak mengamalkan diet dan senaman kerana saya bersalin secara pembedahan dan saya hanya amalkan cara berpantang yang biasa.
“Mungkin kerana saya menyusu badan menyebabkan saya kurus dengan cepat,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, dia masih belum berpuas hati dengan beratnya itu kerana dia mahu mendapatkan kembali berat badan seperti sebelum hamil iaitu 42 kilogram.
Walaupun sudah tamat tempoh berpantang, Adira masih lagi meneruskan pantangnya kerana mahu memastikan dia benar-benar pulih dan mendapatkan kembali bentuk badan idamannya.
The post Adira Tidak Berpuas Hati Turun 25Kg Selepas Bersalin appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :