Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya gaji beliau tak cukup. Nak buat kerja part time tak sempat. Duit beliau katanya cukup-cukup untuk dirinya je. Nasib baik isteri kerja, isteri banyak topup. Dia punya semput, sampaikan duit untuk isterinya pun tak bagi. Belanja rumah pun banyak isteri yang keluarkan. Dia nak kena menabung untuk simpanan hari tua katanya.
Pendapat saya, kesempitan rezeki itu mungkin bukan berpunca dari gaji, tapi cara perbelanjaan. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri dinafikan. Menabung tu penting, tapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting.
Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Nabi SAW bersabda;
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya wang dapur. InsyaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang. Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri dulu. Dah setel urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau takde kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela di belanja.
Jangan hairan kalau kau cakap kau kerja bagai gila tapi pelik semua masih tak cukup.. sebabnya kau kedekut dengan isteri.. kau kedekut pada tanggungjawab & amanah kau.. isteri tak mintak 2k sebulan pun.. bagi setakat kemampuan je.. bagi rm50 sebulan pun bini dah seribu rahmat.. keperluan bini tu tanggungjawab kau.. nafkah bini tu asing lagi ye.. tak termasuk sekali duit beli pad ke bra ke ye.. ni tak, jangankan nafkah, pad pun bini beli sendiri.. macam mana rezeki nak murah..
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :