Tertawa Bersama Menangis Berdua
Dia (wanita yang mendukung suaminya) adalah Roesmayanti,lulusan
politeknik wanita yang selalu ceria,hampir tidak pernah didengar
mengeluh bahkan hingga kehari ini,meskipun derita yang menimpa suaminya
itu sangat berat,tutur sapanya masih nampak segar ketikan dihubungi
pemberita.
Roes
bercerita pada tahun 2015 lalu hampir bersamaan dengan kelahiran anak
lelakinya yang pertama suaminya mengeluh rasa sakit tekak yang teramat
sangat.Setelah membuat pemeriksaan di hospital doktor mengesahkan suaminya itu mengidap penyakit Tuberkulosis TB sejenis penyakit pernafasan yang menular akibat infeksi disebabkan oleh bakteri yang lebih dikenali dengan batuk kering.
Setahun berlalu,penyakit suaminya semakin hari semakin teruk hingga
tidak boleh berjalan,bahkan makan pun harus menggunakan paip yang di
masukkan dari lubang hidung karena mulutnya sudah tidak bisa dibuka.
Sejauh ini Roes yang bekerja sebagai cikgu tuisyen bahasa inggeris
terpaksa mengurangkan jumlah anak muridnya semata mata untuk mngurus
suaminya yang sakit dan juga anaknya yang masih berusia 1 tahun 3 bulan.
Pun begitu beliau tidak pernah meminta sumbangan atau derma kepada orang
lain,beliau berjuang mencari nafkah seorang diri bagi mencukupi biaya
pengobatan suami dan juga keperluan anak mereka.
Bagaimanapun dugaan yang menimpa Roes dan suami, beliau berkata” saya
hanya perlukan doa,saya mengeluh pun tidak akan mengurangi beratnya
masalah yang saya alami,lebih baik saya senyum,meskipun menyimpan seribu
duka,sekurang kurangnya saya memberikan sedikit kebahagiaan bagi orang
yang melihat saya senyum” katanya.
Beliau yang enggan mendedahkan identiti penuh memohon kepada ramai untuk mendoakan kesihatan suaminya tercinta.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :