Ini Punca Nabila Huda Dikejarkan Ke Hospital
Pelakon hebat Nabila Huda telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Nabila telah berkongsi sekeping gambarnya di laman sosial IG ketika dia berada di hospital.
Ini adalah kerana dia mengalami alahan teruk kerana termakan udang yang telah diawet dengan bahan kimia.
Sebelum ini dia tiada alahan kepada udang tetapi kali ini habis teruk allegic yang diterimanya, yang dikatakan akibat bahan pengawet.
Ini komennya:
“Saya cuma makan udang yang dibeli dan dimasak sendiri. Selepas mengalami alahan teruk Sabtu lalu, saya bergegas ke hospital dan doktor memaklumkan bahawa udang yang saya beli itu diawet dengan bahan kimia supaya tahan lama”
“Seluruh badan saya dipenuhi bintik-bintik merah, tetapi mujurlah bahagian muka tidak terlalu teruk. Sebelum ini, saya memang selalu makan udang kerana ia makanan laut kegemaran saya dan tak pernah pula alami perkara sebegini,”
Ketika ini, pelakon wanita berkenaan terpaksa bergantung kepada ubat yang membantu mengurangkan gatal.
Pelakon filem Munafik ini berkata keadaannya kini bertambah baik.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :