Aku Fatin. Aku budak kolej biasa-biasa je. Aku nak cerita pasal rumet aku ni. Roomate aku seorang yg tegas dan nampak garang. Aku panggil sebagai Zulaikha jela ya. Orangnya cantik tapi sayang mata aku nilai dia dr segi negatif sahaja. Kalau tak kenal, confirm2 kau akan gelar dia budak sombong. Nak senyum pun payah. Senang cerita, kelakuan dia bertentangan drpd kisah roomate islamik tu.
Sepanjang
aku dalam bilik dgn dia, belum pernah aku nampak dia study. Tp
hari-hari assignment dia siap dan dekan every sem. Dah la tidur awal,
pastu bangun lambat. Entah bila dia study pun aku tak tahu.
So
cerita pasal dia ni jadi bualan umpat aku hari-hari kt kawan-kawan aku.
Mcm-macam la aku cerita ckp dia ada membela la, pemalas la apa la.
Semua negatif aku cerita. Sampailah satu hari tu aku sendiri tersedar
semuanya.
Jauh
di sudut hati, aku rasa dia special. Sebab aku berdua je dalam bilik
dengan dia dan aku je yg selalu jarang dalam bilik. Aku tekad nak tahu
apa yg dia buat dan kemana dia selalu pergi bila aku tak ada kat bilik.
Malam
tu, semua heboh ada ceramah israk mikraj. Jemputan pun ustaz gah-gah.
Semua nak pergi kecuali Zu. Zu buat-buat tak tahu je. Aku ajak, dia kata
dia tak layak. Pergi masjid pun tak pernah. Ni sebab ustaz femes ada
baru nak pergi masjid, baik tak payah. Aku mcm terkedu. Tp aku ikutkan
je kawan2 aku.
Malam
tu semua kolej kosong pergi masjid nak tengok ustaz femes. Bukan dengar
ceramah pun. Masing2 cuma update fb dan ig masing-masing je konon-
konon bajet islamik pergi kuliah.
Habis
je ceramah, aku terus balik bilik. Aku tgk Zu tidur. Tp nafas dia turun
naik. Aku fikir mesti dia solat menagis2 lagi kot. Waktu aku nak bukak
kasut, aku ternampak kat baldi baju kotor ada purdah hitam dan jubah hitam. Aku angkat. Lagipun Zu selimut sampai ke muka. Aku tengok tu purdah yg dah basah lencun. Aku tertanya-tanya.
Esok
tu Zu tanya ceramah pasal apa. Tp aku satu haram tak tahu. Aku tak
dengar sebab berborak. Zu cuma geleng kepala. Malam tu, jiran sebelah
bilik aku tanya, siapa yg pakai purdah yg keluar dr bilik aku semalam.
Aku tertanya-tanya, Zu ke tu?
Operasi menyiasat aku teruskan. Hujung mingu Zu jarang balik. Dia ada kereta. Tapi sabtu dan ahad dia jarang ada. Pagi2 dah tak ada. Jadi aku dah standby follow dia ketat-ketat.
Pagi
tu aku nampak Zu keluar pakai pakaian biasa. Zu ni tak pakai tudung
labuh pun. Dia ber style sikit tapi bagi aku imej muslimah tu ada lagi
la. Dia
beli nasi lemak. Banyak juga. Lepastu dia terus drive sampai ke satu
rumah ni. Aku syak tu macam rumah kebajikan. Dia keluar pakai purdah!
Kehadiran dia mmg disambut meriah. Semua budak-budak mcm happy tengok
dia. Dia bagi makanan, terus dia balik.
Sepanjang
tu, aku dah tak banyak ckp dengan dia. Dia lagi la tak payah ckp. Mmg
buat hal sendiri je. Cuma kalau bab makan, dia kerap belikan aku sekali
sampaikan aku naik segan juga.
Hujung
sem, kitorang dah nak berpisah. Entah satu bilik lagi atau tak. Dia
sikit pun tak sebut pasal duit. Aku terus hulurkan sampul duit .
Walaupun tak cukup mcm apa yg dia bagi, tapi aku harap aku tak terlalu
makan budi baik dia. Dia cuma ckp, dia ikhlas. Duit boleh cari. Lagipun
dia dah tak ingat berapa sebab dia kata aku bagi banyak sangat. Banyak
apanya. RM150 je. Dia bagi aku lagi berlebihan.
Last-last,
aku tak tahan dah air mata. Aku peluk dia kuat-kuat dan minta maaf
sebab selalu jaja cerita buruk-buruk pasal dia. Dia tercengang-cengang.
Aku cerita semua yg aku nampak. Zu cuma diam je.
Baru
aku nak angkat kaki, Zu tarik tangan aku. Dia ckp selama ni dia cuba
utk sembunyikan kebaikan dia. Dia tak nak orang nampak apa yg dia buat
sebab dia kata riak tu umpama api dalam serkam. Yg perlahan-lahan
membakar amal kebaikan dia selama ni. Biarlah manusia nilai dari mata
kasar asalkan dia tahu Allah Maha Melihat segalanya.
Mengenai
purdah, Zu mengaku itu dia punya. Dia pakai utk elak orang kenal siapa
dia. Dia tak nak manusia puji-puji diri dia. Dan dia tahu aku pun
mengumpat pasal dia. Nasihat dia kat aku, “jangan terlalu menunjuk
kebaikan diri, takut keikhlasan tu tiada.”
Dan
sampai sekarang aku pegang kata-kata dia, riak itu umpama api dalam
serkam yg luarnya tak nampak apa-apa tapi bakar senyap-senyap dari
dalam.
Kepada
Zulaikha, terima kasih kerana buka mata aku. Jika dahulu aku terlalu
menunjukkan diri utk orang tahu aku baik, tapi tetap ada manusia yg
nampak kau lebih baik walaupun kau tak pernah zahirkannya.
Bila
soal derma, kau tak pernah derma terang-terangan saat orang tengah
berebut masukkan duit dalam tabung. Kau cuma pandang je. Bila dah reda,
baru kau letak wang kau.
Saat
orang lain kesusahan, kau tak teragak-agak nak hulur-hulur walaupun kau
guna ayat “pinjam je. Hujung sem jgn lupa bayar.” Tp hakikatnya kau
ikhlas memberi tanpa meminta.
Saat orang lain lena diulit mimpi, kau bangun tahajud merintih berdoa pada yg Esa memohon perkenankan segala permintaan kau.
Saat orang lain mencerca diri kau, kau tersenyum malah mengiyakan kata-kata mereka.
Dan
saat aku beranggapan kau adalah manusia sombong, kau cuma kata “aku
lebih suka berdiam diri drpd banyak berkata-kata kerana aku takut bila
aku mula berkata-kata banyak, lebih banyak dusta daripada benar.”
Baru
aku sedar semuanya. Kau tak sombong. Kau tutup kebaikan diri kau dr
mata manusia. Sedangkan aku dan yg lain berlumba-lumba update status utk
tunjuk kebaikkan kami di alam maya.
Nasihat
aku buat pembaca, janganlah nilai manusia melalui mata kasar kau
sahaja. Kau belum kenal siapa mereka. Boleh jadi dialah manusia yg lebih
hebat drpd apa yg kau sangkakan. Assalamualaikum. – Fatin via IIUM.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :