7 Tahun Kelakuan Suami Pergi & Balik Kerja Normal Sgt..Hinggalah Dapat 1 Mesej Pecah Segala Rahsia Suami Rupanya.. |Saya dan suami sudah 7 tahun berkahwin. Kami bahagia, dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 6 dan 4 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan, suami baik sangat dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin. Alhamdulillah. Anak-anak juga manja dengan bapa mereka.
Tiga
bulan yang lalu, saya menerima mesej di WhatsApp dari seorang wanita
yang saya namakan sebagai Z. Dia mengaku bahawa dia adalah kekasih suami
saya.
Pada
mulanya, saya ragu-ragu kerana saya tak perasan langsung perubahan pada
suami. Dia pergi kerja pagi, balik petang seperti biasa. Bila hujung
minggu, dia lepak di rumah saja dengan anak-anak. Tak mahu berfikiran
negatif, saya bertanya tentang perkara itu pada suami dan suami mengaku Z
adalah kekasihnya.
Hancur
hati ini mendengar pengakuan suami, saya menangis tanpa suara. Allahu,
sakitnya rasa dikhianati. Suami beria-ria memujuk dan menjelaskan wanita
itu adalah rakan sekerjanya. Mereka mula rapat semenjak tiga tahun lalu
dan hanya berhubung melalui telefon. Adakalanya mereka keluar makan
tengah hari bersama-sama.
Saya
mengaku yang saya bukan jenis memeriksa telefon bimbit suami. Suami
kata, dia memang cuba berterus terang dari awal, namun keadaan selalu
tidak mengizinkan. Malam itu, saya menangis semahu-mahunya. Saya memohon
pada Allah agar berikan saya kekuatan jiwa dan raga.
Selepas
dari hari itu, saya mengumpul seluruh kekuatan untuk duduk semeja
dengan suami dan kekasihnya. Suami mengaku sayangkan saya dan Z pada
masa yang sama. Malah meminta izin untuk berkahwin dan berjanji akan
berlaku adil.
Dari
segi luaran, Z nampak sopan, bertudung tutup dada, berstokin dan tutur
katanya lembut. Berkali-kali dia memohon maaf kerana mengguriskan hati
saya dan menjelaskan dia tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga
saya, tetapi sekadar menumpang kasih.
Saya
tidak tahu dari mana datangnya ketabahan saya semasa suami dan Z
bercerita tentang awal perkenalan mereka dan bagaimana terbitnya rasa
cinta. Allah beri saya kekuatan, saya hanya senyum. Hati saya? Saya tak
tahu, kosong.
Menurut
Z, dia terpikat dengan suami saya kerana sikap suami yang baik dan
mengutamakan keluarga. Malah dia langsung tidak malu mengakui bahawa
dialah yang mula mendekati suami. Nekad betul ye? Saya suka sikapnya
yang berterus terang itu walaupun hanya mengambil masa tiga tahun. Namun
agak terkilan sedikit kerana dalam masa tiga tahun itu saya dibiarkan
syok sendiri dan yakin hati suami hanya untuk saya. Namun Allah Maha
Kuasa.
Setelah
mendengar penjelasan mereka, maka saya beri keizinan tetapi dengan
syarat, suami perlu melepaskan saya. Suami tidak setuju dan meminta saya
menerima Z sebagai madu. Z pula menangis memohon agar saya tidak
merumitkan lagi keadaan.
Sungguh
itu bukan niat saya. Saya sudah penat berfikir, saya tidak memberikan
suami pilihan sama ada mahu memilih saya atau kekasihnya kerana bagi
saya, selepas terjalinnya hubungan cinta antara mereka, maka saya sudah
dijadikan sebagai pilihan kedua.
Perbincangan
hari itu tidak berakhir dengan baik. Saya tetap dengan keputusan saya
meminta untuk dilepaskan. Selepas pertemuan itu juga, suami berkali-kali
merayu agar saya menerima perkahwinan itu. Malah dia melabelkan
keengganan saya sebagai ego dan tamak. Ego ke saya? Tamak ke saya?
Sepanjang perkahwinan saya cuba menjadi isteri terbaik. Saya jalankan
tanggungjawab dan hanya cintakan suami saya sepenuh hati. Rasanya saya
berhak untuk mendapat sepenuh cinta juga.
Tolonglah,
tidak mudah bagi saya. Saya tidak mampu. Saya percaya satu hati untuk
satu nama. Saya percaya hati itu milik Allah, Allah juga yang mengubah
hatinya untuk wanita itu. Saya tidak menolak poligami itu sunnah Rasul
tetapi saya juga manusia biasa. Saya tidak yakin saya akan ikhlas, maka
lebih baik berundur lebih awal.
Saya
meminta untuk dilepaskan bukan kerana tak sayang, tetapi kerana suami
tidak jujur. Walaupun suami tiada niat untuk berkahwin dengan wanita
itu, saya akan tetap meminta untuk dilepaskan. Saya tidak boleh menerima
kecurangan ini. Sungguh sakit untuk ditelan, perit. Tak apalah, semoga
semuanya selamat.
Dengan
anak-anak juga saya telah jelaskan yang ibu dan ayah dah tak boleh
duduk bersama-sama. Nanti mereka akan ada ibu yang baru dan perlu hormat
serta sayang dia seperti mana mereka hormat dan sayang saya.
Alhamdulillah, anak sulung faham, tetapi yang bongsu ini belum mengerti
sepenuhnya. Maklumlah baru berusia 4 tahun. Syukur saya dikurniakan
anak-anak yang kuat seperti ibunya.
Khamis depan, saya akan dilepaskan. Wallahi, saya redha, rela dan pasrah.
Kepada
suami, semoga bahagia selamanya. Jagalah keluarga baru awak elok-elok.
Terima kasih sebab jaga saya selama ini. Saya harap bakal isteri awak
dapat menjaga Along dan baby seperti anak sendiri. Saya tak menyimpan
dendam, saya okey. Awak tahu saya kuat kan? Terima kasih sekali lagi. –
KRT
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :