RM Menjunam
Terkejut
sekali melihat RM bukan sahaja merosot, malah menjunam berbanding USD.
Sebentar tadi mencecah lebih 4.50 dan saat artikel ini ditulis RM jatuh
paling teruk di tahap 4.67, hanya 2 hari selepas kemenangan Trump.
Pengekspot
yang transaksinya menggunakan USD akan tersenyum lebar. Tetapi
pengimpot akan meraung. Hari ini juga banyak pembekal kami yang sudah
mula menaikkan harga 10-15% kesan dari fenomena ini. Banyak juga
negara-negara lain yang mengalami kejatuhan yang sama namun Malaysia
antara matawang yang paling tidak bermaya melawan sentimen USD ini.
Nilai Dollar dan bursa saham Amerika hanya menyusut sehari selepas
kemenangan Trump dan melonjak semula pada hari kedua.
Umum
tahu bahawa Trump mendapat sokongan kuat dari Zionis dan Zionis pula
boleh naikkan atau turunkan ekonomi mana-mana negara ikut suka mereka.
Ini kerana kita sudah dicengkam oleh sistem ekonomi, perdagangan dan
kewangan mereka.
Apabila
berdepan dengan situasi ini terfikir juga di benak fikiran kita… Allah
beri semua kekayaan hasil bumi di Malaysia dan banyak negara Islam di
dunia supaya kita gunakannya sendiri. Bukan bergantung harap dari
mana-mana tempat atau negara di dunia. Apa yang terjadi selama ini pula
adalah sebaliknya. Khazanah bumi ini telah dibawa lari sejak zaman
penjajahan British lagi. Mereka teroka tanah air kita, melombong galian
dan buka ladang seluas-luasnya ikut suka mereka tanpa berkira-kira.
Kita ada aluminium tetapi kita jual ikut tongkang ke China
Nenek
moyang kita, pribumi pemilik tanah air ini pula terpaksa jadi kuli.
Pemimpin ramai yang gelap mata. Di estet dan lombong itu nenek moyang
kita pula yang panggil mereka TUAN. Ada kalanya mereka jual ladang
dengan pihak lain bersama pekerjanya, iaitu nenek moyang kita sekali.
Kita ada aluminium tetapi kita jual ikut tongkang ke China. Mereka proses jadi aluminium dan kita beli semula ikut kilo pula.
Kita ada bijih besi, mereka impot bijih sahaja dan jual kepada kita kapal dan jentera.
Kita
ada telaga minyak, namun kita jual minyak mentah kita yang tinggi
kualitinya dan proses pula minyak mentah lain yang rendah kualitinya
dari luar. Rezab minyak kita pula disedut keluar pada kadar yang luar
biasa tanpa berkira-kira.
Kita
ada air, tetapi kita jual air mentah kepada Singapura dengan harga
tidak masuk akal rendahnya. Kita beli semula dengan harga yang mahal
pula. Air di pili rakyat Singapura memancut-mancut, tetapi seluruh
penduduk parit-parit di Muar dan Batu Pahat berpuluh tahun hidup dengan
air tanah gambut berwarna hitam kerana paip air mereka tidak keluar
airnya.
Kita
ada balak, getah, kelapa sawit, koko dan bermacam-macam komoditi hasil
bumi di tanah yang subur ini, namun semuanya diambil manfaatnya oleh
‘mereka’.
Kerana kebodohan dan kemalasan kita
Setelah
‘olok-olok’ merdeka, kita mula bangunkan sendiri negara ini. Kita labur
berbilion bilion Ringgit projek-projek mega dan beri keutamaan kepada
bumiputera melalui DEB, namun tenaga pakar dan buruh luar juga yang kita
guna. Wang sebanyak-banyaknya mengalir ke luar negara kerana ‘kebodohan
dan kemalasan’ kita.
Benarlah
bahawa setiap projek yang dianugerahkan telah melahirkan seorang dua
Bumiputera bertuah yang ‘rapat’ dengan pemberi tender untuk menjadi
kaya. Namun hakikatnya mereka hanya seorang dua dan hanya jadi penerima
komisen sahaja.
Ya…Keuntungan
sebenar telah diraih oleh begitu banyak warga asing dan bukan
bumiputera yang bijak melaksanakan kerja. Ini kerana begitu banyak
kerja-kerja yang di sub kepada ramai bukan bumiputera. Kita hanya jadi
pemilik lesen dan tender bertaraf Alibaba sahaja. Akhirnya mereka ini
mendapat keuntungan yang jauh lebih tinggi dari pemilik tender.
Bagaimana 30% ekonomi bumiputera boleh tercapai dengan polisi ini?
Contohnya
1% dari projek 1 billion sudah bernilai RM10 juta. Untuk kaki lobi yang
dapat 1% komisen, 10 juta Ringgit itu cukup menggembirakan mereka
sampai lupa diri kerana menjadi multi millionaire sekelip mata.
Standard
margin bagi kontrak pembinaan ialah 30%. Lebih besar projek, lebih
tinggi margin keuntungannya. Bagi yang cekap dan pandai berjimat, apatah
lagi yang pandai melobi, suka menipu bahan dan cara kerja, ada yang
membuat keuntungan sehingga separuh dari nilai kontrak, bahkan ada yang
lebih dari itu.
Daripada
tidak ada apa-apa, seorang bumiputera akan melompat keriangan apabila
menjadi ‘ jutawan segera’ setelah menerima komisyen RM10 juta. Jika ada
10 penerima komisyen kerana terlibat dalam projek mega itu pun baru 10%
atau 100 juta RM untuk meningkatkan ekonomi bumiputera.
Sila
ingat bahawa masih ada baki minima 20-40% lagi (RM200-400 juta) yang
akan menaikkan ekonomi bukan bumiputera yang terlibat melaksanakan
projek itu sebagai Alibaba atau sub kontraktor.
Sebenarnya
semakin banyak wang negara dibelanjakan melalui kontrak projek mega dan
dilaksanakan secara Alibaba, semakin jauh jurang ekonomi dari sasaran
DEB.
Kerana
itulah ‘Dasar Ekonomi Baru’ tidak pernah mencapai matalamatnya. Apa
tidaknya, hanya seorang dua Melayu yang hanya pandai melobi kononnya
telah dijadikan kaya apabila ‘dianugerahkan’ satu projek mega. Padahal
hakikatnya ‘kebanyakan’ mereka ini hanya mendapat serpihan komisyennya
sahaja.
Jumlah
dari komisen itu memang nampak berjuta. Ini kerana terlalu besarnya
nilai kontrak yang diterima, bukan kerana angka peratusannya. Padahal,
di masa yang sama projek mega itu jugalah yang melahirkan berpuluh-puluh
lagi jutawan dari kalangan orang luar dan bukan bumiputera.
Bila
berlaku begini… rasanya kita sudah tidak boleh tunggu lagi. Kita harus
segera mencipta teknologi sendiri dan kurangkan kebergantungan kepada
orang lain. Sejak sekian lama segala timah, besi dan segala hasil galian
kita habis licin kena sapu. Balak kita semua kene ratah. Yang tinggal
kini hanya serdak…
Semua hasil bumi dan galian itu dilombong dan dibawa lari oleh Mat Saleh dan saudagar China.
Orang Melayu pula masih tidur. Apabila bangkit sibuk pula bersyarah tentang ketuanan, kedaulatan dan kekuasaan Melayu.
“ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA”
Jika kita tidak tinggi melebihi umat lain, maka sudah Islamkah kita? Sama-samalah kita renungkan.
Kudap ekonomi,
WARGA PRIHATIN
sumber: www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10155393528537786/?type=3&theater
WARGA PRIHATIN
sumber: www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10155393528537786/?type=3&theater
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :