Bila
ada sahaja gosip cinta yang dikaitkan dengan Uqasha Senrose, pasti
pelakon wanita ini akan menepis segala khabar angin. Kata orang, artis
ini kalau boleh semua benda mereka hendak sorok daripada pengetahuan
ramai.
Sering keluar bersama Tengku Bakar yang merupakan kerabat diraja Pahang, Uqasha sebelum ini tidak mengakui mereka bercinta dan hubungan beliau bersama lelaki itu hanya sekadar teman rapat.
Namun,
sedang kami membelek laman Instagram tadi, mata kami tertarik dengan
foto mesra Tengku Bakar bersama Uqasha, memang mesra dan berkasih sayang
sekali. Tengku Bakar siap berlaga pipi bersama dahi mulus Uqasha.
Hehehee..
Lebih
menarik lagi adalah cincin yang kelihatan cantik dipakai di jari manis
Uqasha. Mungkinkah ia pemberian daripada Tengku Bakar sebagai simbolik
percintaan mereka?
Malah,
Uqasha juga nampaknya sudah mula memuat naik foto Tengku Bakar dengan
agak kerap di akaun Instagram miliknya. Ada peminat yang percaya bahawa
Tengku Bakar adalah teman lelaki Uqasha .
Ermm,
benarkah hubungan mereka tidak lebih daripada kawan? Ataupun sebenarnya
mereka sedang hangat bercinta tetapi ingin menyembunyikan status
hubungan mereka kepada umum? Alahai, kalau benar sedang berkasihan terus
terang sahajalah kepada umum. Apa pendapat korang?
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :